Tuesday, January 29, 2013

Resepi 207 : Rojak Petis

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah beberapa hari gak tak update resepi.
Semalam ade exam,
so, x sempat lah nak buat menu yg best2.
Makan pon buat ape yang sempat je.
Kalau malas sgt,
makan mee segera je.
hihi


Okeylah, hari ni agak free sikit.
Walaupon next week ade exam lagi.
Tapi, ABM sempat lah buat menu ni.
Dah lama sebenarnya nak buat rojak petis ni.
Masa balik time cuti musim panas hari tu,
ada bawak balik petis.
So, tetibe teringin pulak nak buat hari ni.


Resepi ni ABM rujuk dari blog Pn Azlita Masam Manis
Simple je resepi nya.
Tapi sangat sedap.
At least terubat lah rindu kat Malaysia tu.
Padahal kurang dari sebulan je lagi
ABM balik malaysia sempena cuti sem.
hihi
Okeylah, Sesape yang nak cuba
boleh la try resepi ni.


BAHAN BAHAN

bahan sos petis
2 sudu besar pes petis
2 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah/melaka
cili segar kisar - ikut kepedasan yg disukai (ABM guna cili flakes je)
sedikit belacan yang dibakar
sedikit air asam jawa - yang pekat
1 sudu besar kicap manis (ABM tambah)
kacang tanah secukupnya - yg disangai dan ditumbuk kasar

*jika nak makan utk ramai orang, pepandai lah adjust resepi ya*

bahan sayuran (ikut kuantiti)
timun - dihiris
taugeh - yg dicelur
kangkung (ABM ganti dgn bayam) - yang dicelur
tauhu - digoreng dan dihiris
nenas - dipotong kecil
sengkuang (ABM tak letak) - dihiris

*atau apa2 bahan yg difikirkan sesuai*


CARA CARA

1. Masukkan petis, cili segar yg ditumbuk, gula, gula melaka/merah dan belacan kedalam satu bekas. Kacau sehingga semua bahan2 hancur dan sekata.
2. Masukkan pula air asam jawa, kicap manis dan kacau sebati. Jika nak dimakan barulah disatukan dengan bahan2 sayuran dan kacang. Enak dimakan begitu sahaja atau sebagai lauk tambahan. 

ENJOY!

2 comments:

faa.rosli said...

wah!! sedap! sedap!

A.B.M said...

dh lme teringin. :D