Resepi 206 : Apple Custard Cream Tart

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Untuk kali ni ABM buat menu dessert lagi.
hihi
Sorry ye asyik2 dessert je.
Lagipon haritu buat apple frangipane tart ade lebihan epal
kat peti ais.
Penat pikir nak buat ape dengan apples ni


ABM buat menu ni malam semalam.
So, Hari ni boleh la ngap sebab custard nya dah "set".
ABM ingatkan nak buat apple pie biasa
Tapi macam tak menarik sangat pulak.
So, ABM pon pikir dan pikir
sambil selongkar kat dapur tu ade ape.


Tetiba ABM nampak ade tepung custard kat dapur
So, idea terus datang nak buat Apple Custard Cream Tart pulak.
Memandangkan vanilla ice cream pon ade dalam stok,
timbul lah idea yang merepek ni. haha
Resepi mmg ABM tak ikut mana2
Main taruk jelah ape yang patut.
Dan fortunately, tart ni menjadi.
Syukur Alhamdulillah.
So, sesape yang nak cuba,
boleh la tengok2 resepi kat bawah ni


BAHAN BAHAN
(loyang 20cmx27cmx3cm)

tart crust

simple custard cream
4 sudu besar tepung custard
500ml susu segar
secubit garam
2 biji telur
100g gula

apple
2 biji epal (saiz sederhana) - dipotong wedges nipis
1 sudu kecil serbuk kayu manis - kalau tak suka, skip
1 sudu besar gula


CARA CARA

tart crust

simple custard cream
1. Panaskan susu didalam saucepan sehingga agak mendidih. Sementara itu, pukul gula, telur, secubit garam dan tepung custard didalam mangkuk sehingga sebati. 
2. Tuangkan susu panas kedalam telur tadi sambil kacau adunan. Ini untuk mengelakkan daripada telur berketul2 jika tak dikacau semasa memasukkan susu panas.
3. Tuang semula adunan kedalam saucepan dan gunakan api perlahan. Kacau adunan selalu sehingga pekat seperti custard. Matikan api dan tuang didalam mangkuk dan biarkan sejuk seketika.

apple
1. Apple yang sudah dipotong dimasukkan kedalam mangkuk (ABM tak buang kulit, kalau nak buang pon ok). 
1. Masukkan serbuk kayu manis dan gula kedalamnya dan gaul sekata. Ketepikan.

penyediaan
1. Panaskan oven 190c
2. Ambil doh yang direhatkan tadi dan uli doh mengikut saiz loyang yang digunakan.
3. Masukkan custard cream kedalam nya dan susun apple mengikut citarasa masing2. 
4. Bakar tart selama 50-60 minit sehingga doh tart benar2 sudah masak.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan seketika. Kemudian, masukkan kedalam peti ais sehingga custard benar2 sudah sejuk dan jika dipotong, custard tak mencair. ABM letak semalaman. Enak dihidang bersama vanilla ice cream! 

ENJOY!


Comments

Iman Wildan said…
ABM, apa beza doh guna food processor, dgn doh uli terus dgn tangan dr awal? food processor will shorten the time nk buat nya, tp ada beza tak dr segi tekstur dan rasa? cuma curious je.. =)
A.B.M said…
sebenarnya, nak buat tart crust ni sebolehnya jgn guna tgn sbb tgn mengandungi haba. We must keep the butter cold when making the crust. Tp, lau xde food processor, guna garfu utk mix the ingredients. Sesekali guna tgn takpe. Tp jgn selalu. :) Kalau butte yg sejuk akan buat tart lebih rangup. :)
Iman Wildan said…
aaaa..no wonderla..ok skrg faham kenapa crust saya wat gaya masuk air je..kalau roti mmg kita uli guna tangan je kan xpe?
A.B.M said…
yup. kalau roti xpe.
:)

Popular Posts