Wednesday, January 23, 2013

Resepi 205 : Ayam Panggang Yogurt Berempah dengan Sos Bijan Madu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Terlebih dahulu ABM nak ucapkan
"Selamat Ulang Tahun ke-1"
kat blog ni!
*tepuk tgn*
Sedar tak sedar dah setahun jugak usia blog ni.
Tanggal 23 Januari 2012 terhasil lah ilham
nak buat blog ni.
Sebenarnya blog ni bukan nya dari diri ABM
sendiri nak buat.
Tapi senior2 kat sini yang mendorong ABM
untuk buat blog ni.


Actually ade lah aim ABM kat blog ni
sebelum mencecah usia setahun.
Antara yang dah capai adelah,
Resepi blog ni dah cecah 200 lebih resepi.
Dan yang tak bape nak capai adelah
jumlah viewers blog ni.
ABM target sebelum usia setahun ni akan capai 100k
Tapi, skrng baru ade 90k.
Walaubagaimanapon, ABM nak ucapkan
Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat
rakan2 yang sudi singgah dapur buruk ABM ni.
Lagi terharu jika ada diantara anda anda ni
yang cuba resepi dari blog ni.
TERIMA KASEYYY! *ala2 alleycats*


Okeylah, tanpa buang masa yang tak bape banyak ni,
ABM nak kongsi satu menu ni.
Ya Ampun! mmg sedap lah!
Thanks to blog Potret Kasih!
Untuk sauce pulak,
ABM rujuk kat allrecipe
Yg ni ABM google je. 
Mane yang kat atas tulah yg ABM rujuk.
Tapi mmg sangat kena dengan ayam panggang ni
Sesape yang nak cuba,
boleh la try resepi dibawah


BAHAN BAHAN

bahan perapan
400-500g ayam boneless (nak pakai yg bertulang pon ok) - dipotong dadu 
*kalau tak nak buat macam satey, tak payah potong dadu lah*
150ml plain yogurt
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon
secubit garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lg sikit)
sedikit serbuk kayu manis

bahan ditumbuk
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
2 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan sos bijan madu
2 sudu besar madu
1 sudu kecil cornstarch / tepung jagung - dicampur sedikit air
1/2 kiub pati ayam - dicampur 1/2 cawan air
1/4 cawan air atau lebih sikit
1 sudu besar kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil minyak bijan (jgn terlalu bnyk sgt)
1 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit minyak zaitun

caramelized pineapple and cucumber
5-7  gelang nenas - potong kecil untuk di"satey"kan
1 1/2 batang timun jepun (kalau guna timun besar tu potong kecil)
sedikit minyak zaitun


CARA CARA

ayam panggang yogurt
1. Satukan ayam dengan kesemua bahan perapan dan bahan ditumbuk didalam satu mangkuk. Gaul sebati dan perapkan selama 2-3 jam. Seeloknya semalaman untuk rasa lebih enak.
2. Bila dah perap, ambil kuali panggang dan jika sudah panas kualinya, masukkan ayam. Panggang sehingga ayam masak. Buat sehingga habis.

sos bijan madu
1. Panaskan sedikit minyak zaitun dan masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Masukkan pula kesemua bahan2 lain kedalam saucepan dan kacau sebati.
2. Masak sehingga agak pekat. Rasa sedikit sos. Jika kurang rasa tambah sedikit garam. Jika masin, tambah sedikit air. 

caramelized pineapple and cucumber
1. Didalam kuali panggang, masukkan pineapple dan cucumber (jika kuali kecil, masak sikit2). 
2Biarkan dibahagian bawahnya sedikit perang dan terbalikkan. Buat dibahagian kedua pula sehingga keperangan. Jika dah perang dikedua2 belah, angkat dan buat sampai siap.


SALAM MAULIDUR RASUL

ENJOY!

6 comments:

faa.rosli said...

tahniah-tahniah! nak cake! -tetibe- hehehe

A.B.M said...

tq2! :)
*hulur kek* haha

Iman Wildan said...

waaaa..cantik nye header..hehe..=)

A.B.M said...

hihi. tq!
baru buat 3 hari lepas. hihi

Cheq Sue said...

tahniah...tak sedar dah setahun kan...cepat sungguh masa berlalu. Sejak akak letak ABM di sidebar, selalu terpesona dengan apa yang dibuat, kagum dengan kesungguhan walaupun sibuk belajar. dalam n3 ni seronok tgk gambar tu, siap berjoget2 lagi... hi hi hi... (cikgu cuti hari ni, bajet nak tulis kat white board neh..)

A.B.M said...

Thanks bebanyak cheq sue.. :) Wah untunglah kat malaysia cuti hari ni. ABM pulak ade kelas petang. Selamat bercuti cekgu! :)