Resepi 204 : Apple Frangipane Tart

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah beberapa hari skip update resepi.
Agak busy sikit sebab semalam kena hantar 2 report
So, blog ni dianak tirikan sekejap.
hihi


Tapi tak ape, hari ni ABM update resepi dessert.
Yes, dessert is my bias.
I like to eat them
and love to make them as well.
I like playing with mixer, spatula and of course oven!
haha.
Dan antara sebabnya jugak,
dessert ni ABM senang nak bagi2 kawan2 ABM kat sini.


Okeylah, ABM rujuk resepi from JoyOfBaking
Agak banyak element kene buat.
Tapi sebenarnya senang.
Because if you have food processor,
this dessert is going to be easy!


Frangipane ni dengan kata lainnya
bermaksud Almond Paste.
So, ni bukan apple tart biasa.
Tapi, ade flavor almond didalamnya.
Bukan sahaja menarik,
tapi sedap!
Dan tart ni tak perlukan loyang tart pon.
SO, lagi senang.
Sesape yang nak try,
boleh la tengok resepi dibawah.


BAHAN BAHAN

tart crust
175g tepung gandum
secubit garam
1 sudu besar gula
113g butter - pastikan sejuk dan dipotong kiub
beberapa sudu kecil air sejuk

frangipane paste
60g kacang almond
1 sudu besar tepung gandum
50g gula
40g butter
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

apple
3 biji epal hijau saiz sederhana - dipotong wedges
2-3 sudu besar gula

bahan lain
almond yg dihancurkan kasar secukupnya - untuk hiasan
gula - untuk hiasan
susu segar /butter cair secukupnya - disapu dibahagian tepi tart


CARA CARA

tart crust
1. Masukkan tepung, garam, gula kedalam food processor dan kisar sebati. Kemudian, masukkan butter dan kisar sebati.
2. Masukkan 1 sudu kecil air sejuk dan kisar. Jika doh masih tak berkeadaan "crumble", tambah lagi satu sudu kecil dan putar. Sehinggalah doh kelihatan seperti "crumble" dan bila anda genggam doh, doh boleh dibentuk. Masukkan kedalam plastik wrap dan satukan doh. Buat bentuk bulat dan rehatkan didalam peti ais selama lebih kurang 1 jam.

frangipane paste
1. Satukan kesemua bahan kedalam food processor yg sudah dibersihkan dan kisar sehingga sebati. Masukkan kedalam bekas yg sesuai dan ketepikan sehingga diperlukan.

apple
1. Dinasihatkan supaya memotong apple semasa sudah hampir masa penyediaan dan doh pon sudah sedia untuk dicanai. Ini untuk mengelakkan apple daripada lebam.
2. Satukan apple yg dipotong dan gula didalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan sehingga diperlukan.

penyediaan
1. Panaskan oven 190c.
2. Canaikan doh selebar 30cm-35cm dalam bentuk bulat. Kalau tak bulat sangat pon tak ape.
3. Selepas dicanai, diatasnya letakkan frangipane paste. Pastikan anda tinggalkan ruang dibahagian tepi keliling bulatan untuk melipat tart. Letak dibahagian tengah sahaja.
4. Susun apple mengikut kreativiti masing2. Lipatkan tart dengan kemas. Sapukan butter dibahagian tepi tart. Taburkan gula diatas tart dan juga dibahagian tepi doh tart. Almond yg dicincang juga ditaburkan atas sebagai hiasan.
5. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga dibahagian tepi crust tart sudah keperangan cantik. Biarkan sejuk seketika barulah dipotong. Enak dimakan bersama vanilla ice cream.

ENJOY!

Comments

asyifamustaffa said…
simpel....tp hasilnya....gah gitu...! Lapar plak....
A.B.M said…
Yup2.
Simple tp enak. :)
Ayam said…
Salam ....nice blog...baru pertama kali menlangkah kesini... selamat berkenalan dgn empunya blog.

Popular Posts