Saturday, January 19, 2013

Resepi 203 : Blue Ombre Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kali ni ABM rajin sikit nak buat menu ni
Lagipon kat Malaysia sekarang tengah trending
kek2 yang berlapis dan berkaler 
macam ni kan.
So, Dengan kerajinan yang tetiba datang ni,
ABM pon buat lah kek ni.


ABM pakai resepi Vanilla cake je.
Dan ABM cuma perlu main2 dengan color je.
Actually nak buat rainbow cake,
tapi kene buat 6-7 lapis la kan.
ABM takdelah rajin sangat sampai camtu,
So, ABM buat ombre cake jelah.
Tapi dengan guna resepi ni,
Boleh je nak buat rainbow cake.
Dalam 6 lapisan camtu.
Tapi nipis sikit lah lapisan kek tu.


ABM rujuk resepi vanilla cake kat JoyOfBaking.
Cuma adelah beberapa bahan yg ABM tukar sikit.



BAHAN BAHAN
(18cm loyang)

bahan kek
350g tepung naik sendiri - diayak
(atau tepung gandum+1 sudu besar baking powder)
1/2 sudu kecil garam (kalau pakai salted butter, skip)
230 butter (kalau boleh pakai unsalted) - di suhu bilik
300g gula kastor
4 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
240ml susu segar (ABM guna buttermilk)
pewarna biru (ABM guna warna biru dan turquoise)

frosting
400ml whipping cream
100g cream cheese
3-4 sudu besar gula
pewarna biru



CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.
2. Pukul butter sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kembang. Lebih kurang 2-3 minit.
3. MAsukkan telur satu demi satu sementara memukul adunan. Masukkan pula esen vanilla dan pukul sebati.
4. Gunakan speed rendah, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar/buttermilk. tepung-susu-tepung-susu-tepung. Jangan overmix adunan.
5. Bahagikan adunan  sebanyak 4 bahagian. Masukkan pewarna. Pastikan ada kelainan setiap adunan untuk menampakkan "ombre". Masukkan didalam loyang.
6. Bakar setiap lapisan selama 20-25 minit. Buat sehingga siap.
7. Sejukkan dulu barulah di frosting.

frosting
1. Pukul cream cheese sehingga berkrim. Masukkan gula dan pukul sebati.
2. Masukkan pula whipping cream dan pukul sehingga kental. Jangan overmix juga.
3. Hias kek ikut keinginan masing2.

ENJOY!

14 comments:

faa.rosli said...

sumpah gojess!

hitomi lavender said...

Cantiknya kek biru ni....hebatlah abm...:D

imNOTmasterchef said...

[faa]
tengs! :)

imNOTmasterchef said...

[hitomi]
Main2 dengan kaler je. hihi :)

Iman Wildan said...

CANTIK!!!~ x rasa sayang ke nk makan abm? hehe..sy buat kek x pernah menjadi kecuali choc cake..yg lain fail..

imNOTmasterchef said...

tq iman.. :)
insyaAllah lau cuba lagi nnt jadi.
Dont give up okey. ^^

Langsir Hitam said...

Camna nak tonekan colour dia?

imNOTmasterchef said...

[langsir hitam]
ABM buat, untuk lapisan yg cerah, ABM letak sikit je pewarna turquoise (kalau tak nak letak pewarna pon ok, biar putih).
Untuk lapisan ke2, ABM letak pewarna turquoise tu banyak sikit.
Lapisan ke3, ABM campur warna biru dan warna turquoise.
Lapisan ke4, ABM letak pewarna biru sahaja. :)

Wani Fadhilah said...

salam wbt..very nice cake ni!
nak try jg buat lpas abes exam insyaAllah..

anyway, nk tanya..
ni bakar selapis-lapis mcm buat kek lapis ke? or bakar setiap warna ikut loyang berbeza?

A.B.M said...

wsalam.
kek ni bakar satu2 ikut loyang berbeza. kalau oven besar, boleh la masuk 2 sekaligus. :)

Wani Fadhilah said...

ok..kalau pakai tg gandum, kuantitinya 350g jg eh? plus dgan 1 sudu besar baking powder?

A.B.M said...

[wani]
yup! :)

syapex said...

Salam ABM...

sy nak mintak izin c&p resepi ni kt blog sy..
nti sy letakkn linknya....

A.B.M said...

wslm.
Okey. no problem. :)