Thursday, January 17, 2013

Resepi 202 : Ayam Kalio Percik

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Asyik kongsi resepi dessert je kan.
So, kali ni ABM nak kongsi resepi lauk pulak.
Ayam Kalio Percik.


ABM dapat resepi dari blog Potret Kasih.
Thanks for the recipe.
Tapi sebenarnye ayam kalio percik ni
warna dia takdelah merah sgt.
Warna sebenar kaler kekuningan sikit.
Tapi, ABM letak chili kisar banyak sgt
So, jadilah kaler merah.
Orng johor kan.
mesti suka pedas2. hihi.
Okeylah, sesape yang nak try,
bolehlah rujuk resepi dibawah


BAHAN BAHAN

1/2 ekor ayam
2-3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
250ml santan / susu cair
3-5 keping daun limau purut
2 keping asam keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa

bahan kisar
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2cm kunit hidup (ABM pakai kunyit serbuk ja)


CARA CARA

1. Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan asam keping. Kacau sekata. Masak sehingga ayam kecut. Kacau dan balik balikkan ayam supaya ayam dimasak sekata.
3. Masukkan santan atau susu cair dan daun limau purut dan kacau rata. Jika suka kuah lebih, tambah sikit air. Perasakan dengan garam dan gula. 
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Jika rasa dah okey, matikan api dan siap dihidang.

ENJOY!

No comments: