Wednesday, January 16, 2013

Resepi 201 : Puding Roti Yogurt Strawberry

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Ape kabar tetamu2 ABM?
Hopefully sehat2 lah hari ni.
Hari ni ABM buat menu yg berkisahkan
strawberry dan roti lagi.
Lebih kurang menu semalam lah.
Tapi kali ni ABM buat puding roti pulak.
Dah lama rasenye ABM tak buat puding roti ni.
Lagipun strawberry semalam masih bersisa lagi.
Daripada membazir kan.
Baik buat apa yang patut.


Okeylah, resepi ni ABM penah buat
time bulan puasa haritu.
Dan resepi ni ABM rujuk dari blog Masam Manis Pn Azlita.
Tapi, kali ni ABM olah lah ikut apa yang ada.
Tengok2 kat dapur ade yogurt,
So, nilah hasil penderhakaan resepi yg ABM buat. haha
Tapi kalau nak lebih cantik, buatlah caramel atasnya mcm resepi asal.
ABM tak buat sebab malas nak buat caramelnya. hihi


Jadi, sesape yang nak buat menu ni
Boleh la rujuk resepi kat bawah ni.
Boleh je nak olah dengan buah buahan yg ade.
Ikutlah kreativiti masing2.


BAHAN BAHAN
(8 bekas ramekin saiz -/+ 8cm)

8 keping roti - dibuang bahagian tepi
 1 1/2 cawan susu segar - disuamkan
200ml whipping cream
7-8 sudu besar gula (ikut citarasa masing2)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan strawberry yogurt
3 biji telur - dipukul seketika (jgn sampai berbuih)
hirisan strawberry sebagai filling


CARA CARA

1. Panaskan oven 160c
2. Masukkan roti, susu segar, gula dan esen vanilla kedalam food processor. Kisar halus. Kemudian, tuang adunan kedalam mangkuk (Jika nak smooth, boleh tapis adunan).
3. Masukkan whipping cream dan yogurt. Kacau sebati. (pada stage ini, rasa sedikit adunan. Jika kurang manis, tambah lagi gula) Kemudian, masukkan telur dan kacau sebati.
4. Bekas ramekin hendaklah disapu dengan butter. Masukkan adunan kedalam bekas sama rata. Kemudian, masukkan hirisan strawberry kedalam bekas.
5. Dengan menggunakan kaedah double boiler, bakar pudding selama 50 minit. Bila dah siap, sejukkan dahulu barulah boleh dikeluarkan dari bekas. Jika nak lebih enak, masukkan kedalam peti ais seketika sebelum dihidang. (ABM makan sekali dengan custard lebihan semalam. hihi)

ENJOY

8 comments:

faa.rosli said...

sedapnya.....

imNOTmasterchef said...

cubalah. :)

Iman Wildan said...

2 days in a row ade menu strawberry..sedapnye...~~

Ummi Anie said...

adoii...la..adik ooii...tangan ko ni menjadi betul la...ummi jugak yang keras tangan....

imNOTmasterchef said...

[iman]
tawu tak pe. takut strawberry tu busuk ja. haha. sbb tu berturut2 buat menu strawberry. haha

imNOTmasterchef said...

[ummie]
ade jugak menu yg ABM buat tak menjadi. hihi. dlm proses belajar.
try lah buat umie. kompom menjadi :)

Anonymous said...

kaedah double boiler untuk membakar??camna tu?

A.B.M said...

[anon]
sebenarnya salah taip. bukan double boiler. Tapi water bath.
Sediakan loyang besar dan isi air panas didalamnya. Dan susun bekas didalam loyang berisi air tersebut. :)