Tuesday, January 15, 2013

Resepi 200 : Strawberry Custard Cream Bread

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Sedar tak sedar blog ni dah ade
200 jenis resepi.
Alhamdulillah sngt2.


Okeylah, hari ni ABM buat resepi roti 
yang sangat menarik.
Bukan je menarik,
tapi sedap sgt.
Bukan nak 'angkat bakul' ye,
tapi memang sedap.
Dengan custard didalam.
Pastu dibubuh lagi dengan strawberry di atasnya.
Memang sgt menarik.
ABM rujuk dari blog dailydelicious
Thanks for the super delicious recipe!


BAHAN BAHAN
(11 ketul bergantung pada saiz)

Doh
250g tepung roti
2g yeast
5g garam
30g gula
145ml susu segar (ABM suamkan sikit)
35g telur kuning (lebih kurang 3 biji)
30g butter 

Krim Kastard
400ml susu segar
1 sudu kecil vanilla esen
3 biji telur
2 biji telur kuning (ABM guna 1 biji je)
92g gula
28g tepung kek (ABM guna tepung kastard)
secubit garam

bahan lain
jem strawberry secukupnya
buah strawberry sebagai hiasan
daun pudina


CARA CARA

doh
1. Satukan tepung roti, gula, garam dan yeast. Kacau sebati. Masukkan susu segar dan telur. Uli doh sehingga sebati. Doh akan menjadi elastik (lebih kurang 2 minit menguli).
2. Keluarkan doh dari mangkuk dah uli diluar. Tambahkan butter didalam doh. Uli lebih kurang 10-15 minit. Bulatkan doh dan letak didalam bekas yg digris dengan butter dan biarkan ditempat suam selama 1 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda.

krim kastard
1. Panaskan susu didalam saucepan sehingga mendidih. Sementara itu, satukan telur, esen vanilla, gula, garam dan tepung kek (atau tepung kastard) dan pukul sebati.
2. Jika susu dah mendidih, masukkan susu sikit demi sedikit didalam adunan telur sambil mengacau adunan. Tuang sehingga habis. 
3. Tapis cecair masuk kembali kedalam saucepan. Dengan menggunakan api yg sederhana, kacau kastard tadi sehingga pekat. Bila dah pekat, matikan api. Biarkan sejuk seketika. Cover kastard dengan plastik wrap dengan keadaan plastik wrap mencecah permukaan kastrad untuk mengelakkan permukaan kastard keras.

Penyediaan
1. Panaskan oven 180c.
2. Gambar (2) - Bahagikan doh sama besar sebanyak 11 bahagian (ikut saiz muffin pan masing2)
3. Gambar (3) - Wrapkan doh dan sejukkan didalam peti ais selama 20 minit
4. Gambar (4) - (6) - Uli doh selebar 8 cm dan muatkan didalam muffin pan yg digris.
5. Gambar (7) - (8) - Isi krim kastard dikesemua bahagian.
6. Bakar selama 12-15 minit. Sejukkan seketika barulah dihidang dengan strawberry jam.

p/s : Resepi cream custard boleh dibuat separuh adunan daripada resepi diatas jika mahu digunakan didalam resepi ini sahaja

ENJOY!

2 comments:

faa.rosli said...

unik laa...roti muffin!

imNOTmasterchef said...

haah. :D roti muffin. ok gak nama tu. hihi