Sunday, January 13, 2013

Resepi 199 : Keledek Getuk

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat satu menu yg
sesuka hati je ABM derhaka kan.
haha.
Biasanya orang buat ubi getuk
Tapi ABM dgn sesedap oren nye guna keledek.
So, jadilah keledek getuk.
Kat jepun ni mmg tak ada ubi rasenye
sebab dok cari sana sini xde pon.
Yang jumpe cuma keledek sajo.


Resepi ni ABM rujuk kat blog My Kuali.
Senang rupanya nak buat.
So, sesape yang nak try buat,
macam biasa,
tgk la resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(25 ketul saiz kecil)

700g keledek
2 sudu besar gula
1/2 cawan parutan kelapa
secubit garam
minyak untuk menggoreng

bancuhan tepung goreng
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
sedikit pewarna kuning
air secukupnya


CARA CARA
1. Rebuskan keledek sehingga empuk. Tapi jangan terlalu lembut pulak. Just nice saja. Kemudian, lenyekkan keledek bersama gula, parutan kelapa dan garam. Gaul sebati.
2. Bentukkan bulat2 adunan keledek tersebut sehingga habis.
3. Untuk bancuhan tepung, satukan kesemua bahan. Bancuhan jangan terlalu cair pulak.
4. Jika minyak dah panas, ambil satu keledek yg dah bentuk bulat, celup didalam bancuhan tepung dan goreng sehingga keperangan. Buat sehingga siap.
5. Enak dihidang bersama sos kegemaran. Kalau orang johor, memang suka cicah dengan sambal kicap.

ENJOY!

6 comments:

laskar pelangi said...

wahhh pelik nama menu ni..getuk..hik3
nampakkkk sedappp;))

imNOTmasterchef said...

hihi.
tulah. agak pelik.
tp bg ABM yg orng johor ni x bape pelik sgt. hihi

hitomi lavender said...

Getuk tu ketuk ka abm??(sya suka komen di blog abm..hehe)sedap ni..klu buh ubi kayu..makan 2 ketui..dah kenyang...hehe..:D

imNOTmasterchef said...

hihi. ade orng pnggil ketuk. ade panggil getuk. x tawu mne yg btul. haha. btw, tengs sudi singgah selalu. :)

faa.rosli said...

boleh try ni guna keledek...

man yusoef said...

Biasa mak aku buat getuk ni xgoreng pun..ubi/keledek lenyek tu campur gula, parutan kelapa camtu je..tapi macam tu pun dah sedap..

K mengidam nak makan getuk, lamanya tak makan benda ni -__-"