Resepi 198 : Tuna Cheese Rolls

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dihari sabtu ni,
ABM nak kongsi satu resepi yang mudah
dan sesuai dimakan time sarapan ataupon
semasa minum petang


Menu ni ABM dapat idea 
semasa membelek blog Che Mat.
Tapi, che mat guna jejari ketam.
 ABM pulak guna tuna flakes je
sebab tu je yang ade kat dapur.
So, ABM pon derhaka la sikit2 
kat resepi che mat tuh.
hihi



BAHAN BAHAN
(8 ketul)

240g tuna flakes - 3 tin kecil
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos chili
1 genggam hirisan cheese
1 sudu kecil wasabi - boleh skip kalau x suka / xde
8 keping roti - dibuang bahagian tepi
2 biji putih telur
1 biji kuning telur
serbuk roti secukupnya


CARA CARA
1. Didalam mangkuk, satukan tuna flakes, mayonis, sos chili, hirisan cheese dan wasabi. Gaul sebati dan ketepikan.
2. Putih telur di pukul sedikit. Begitu juga dengan kuning telur dipukul sedikit untuk dijadikan gam.
3. Ambil satu keping roti yg dibuang bahagian tepi dan ratakan roti dengan penggelek doh. Masukkan inti tuna diatas roti. Bahagian tepi roti disapu dengan kuning telur. Gulungkan roti.
4. Tutupkan rapat juga dibahagian hujung roti tersebut supaya inti tak terkeluar semasa dimasak. Buat sehingga habis.
5. Panaskan minyak didalam kuali untuk menggoreng. Ambil satu gulungan roti dan salutkan dengan putih telur. Kemudian, golekkan diatas serbuk roti. Masukkan  kedalam kuali. Pastikan minyak sudah panas. Goreng sehingga garing dan toskan. Buat sehingga habis.
5. Enak dihidang bersama sos kegemaran.

Terima Kasih diatas sokongan anda!
Likers di FB ABM dah cecah 300.
:)
ENJOY!


Comments

Popular Posts