Thursday, January 10, 2013

Resepi 197 : Green Tea Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


ABM terajin pulak minggu ni.
Kalau boleh hari2 nak update resepi.
Tapi, esok ABM dah start kelas.
Cuti winter dah abes!
Exam pon dah tak lama lagi.
So, mungkin lepas ni takdelah hari2 ABM update.
Kalau ade masa, ABM cuba buat menu baru
utk elakkan blog ABM ni bersawang.


Okeylah, hari ni ABM buat cheesecake.
ABM rujuk resepi yang ada dalam blog ni yg lepas2.
Cheesecake ni satu dessert yang mesra alam.
Boleh olah apa2 rasa je dalamnya.
InsyaAllah akan sedap. hihi
Sesape yang nak try, boleh la jengah2 resepi
kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(18cm)

base
18 sandwich biskut oreo - tak pyh buang creamnya
45g butter - dicairkan

cheesecake
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 biji jus lemon
45g serbuk teh hijau - ikut citarasa masing2 nk bnyk mana
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
100g gula halus
sedikit pewarna hijau.


CARA CARA
1. Panaskan oven 170c.
2. Untuk base, masukkan biskut kedalam food processor dan kisar halus. Masukkan juga butter dan gaul sebati. Masukkan biskut kedalam loyang dan ratakan. Simpan didalam freezer sementara buat adunan kek.
3. Untuk kek, masukkan kesemua bahan2 kedalam food processor dan kisar sebati. Alihkan adunan kedalam mangkuk. Masukkan pewarna hijau dan gaul sebati. 
4. Ambil loyang tadi, dan curahkan adunan kek didalamnya. Bakar selama 40-45 minit. Pada minit ke 30, cover kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan atas kek terlalu perang.
5. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan kedalam peti ais. Biarkan selama 4 jam atau lebih baik semalaman sebelum dipotong.

*ABM corakkan atasnya dengan sedikit coklat yang dicairkan sebelum dibakar*

ENJOY!

6 comments:

faa.rosli said...

suka buat chilled cheesecake sbb xpayah bakar...hehehe...cheesecake bakar ni xpenah dicubain lagi..nampak cam sedap..

imNOTmasterchef said...

ingtkn nk buat versi x bakar, tp tetibe nak tukar plan buat yg bakar pulak. hihi. try la :)

Cheq Sue said...

teringin nak rasa jugak, tapi taknak buat, camana tu? pok ke malaysia sikit... :)

imNOTmasterchef said...

*hulur* hihihi

Langsir Hitam said...

Gebunya kek dia...

Iman Wildan said...

asek lapar je bila singgah sini..hehe..=)