Wednesday, January 9, 2013

Resepi 196 : Stew Daging Lembu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM masak stew daging.
Memula tu agak tak ade idea jugak nak buat apa
dengan daging lembu ni
Bila pikir2 balik,
sekarang ni tengah winter.
So, makanan yg agak sinonim dengan winter ni
adelah stew.
So, ABM pon buatlah stew daging lembu ni.


Sebelum ni ABM tak penah buat stew lagi
Tapi ABM tau jugalah stew ni macam mana.
Antaranya kuah stew ni agak pekat.
So, ABM pon menggugel lah resepi.
Tup2 tersinggah blog Dapur Azie ni
Thanks ye for the recipe.
Tapi ABM tak lah ikut cara 100%
Sebabnya ABM guna pressure cooker
Tapi, tuan empunya blog tu guna slow cooker.
Biaselah dok bujang kan.
Semua bende kalau boleh nak cepat.
hihi
Okeylah, lau nak try stew ni
Bolehlah rujuk seperti kat bawah ni.


BAHAN BAHAN

400-500g daging lembu - dipotong dadu
1 sudu besar olive oil
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 batang lobak - didadu besar
2 biji kentang - didadu besar
2 batang celery - dipotong
1 sudu besar kicap
1 cawan stok daging - air campur dgn serbuk stok daging
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay
2 sudu besar tepung jagung/tepung gandum - dibancuh dgn 2 sudu air
garam dan lada hitam secukupnya


CARA CARA
1. Didalam kuali, masukkan sedikit olive oil. Goreng daging sehingga agak garing. Ketepikan.
2. Didalam periuk pressure cooker, masukkan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daging yang digoreng seketika tadi. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kacau sebati.
3. Masukkan stok daging, air, celery, kicap, oregano, thyme dan daun bay kedalam periuk. Kacau sebati. Tutup periuk pressure cooker ( periuk tekanan) dan biarkan sehingga 20 minit (ikut arahan pada pressure cooker masing2 untuk memasak daging).
4. Setelah itu, buka periuk dan masukkan kentang dan lobak. Masak sehingga empuk. Jika dah empuk, masukkan bancuhan tepung tadi kedalam periuk. Kacau sehingga pekat. Jika pekat sgt, tambah sikit air. Jika rasa dah ok, matikan api dan siap dihidang.

ENJOY!

5 comments:

hitomi lavender said...

Sedapnya abm..baru duk teringat nk buat sup daging karang...kalau xdak daun bay,taim tu nak letak daun apa ja abm?

imNOTmasterchef said...

mmg sdp cicah ngn roti. :)
Tak pasti la eh nak ganti ngn ape if xde daun bay. hihi.
Tapi, lau x letak pon ok kot. :)

Moonirah said...

aa..menarik. pasni boleh try stew resipi mama saya lak =) nt sy try awak nye

http://munmun-licensetocook.blogspot.com/2010/09/beef-stew.html

faa.rosli said...

nmpk sedap sgt...nyumnyum

Aya Suria said...

waah..mcm sedap je. boleh cuba ni..
thanks for resepi.
btwy jom jln2 blog saya. boleh kenal2
byk resepi nk tanya ni..hihihi
ayacuya.blogspot.com