Monday, January 7, 2013

Resepi 194 : Ayam Santan Berlada

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama rasanya ABM tak update
pasal resepi main course ni.
Bukannya malas ke apa,
tapi bahan mentah dah abes dalam fridge tu.
So, aritu dh beli bahan mentah.
Jadi harini ABM updatelah menu
berkaitan dengan main course.


Resepi ni ABM dapat dari blog Che Mat.
dan resepi asalnya che mat rujuk dari blog puan azlita.
Memang awesome!
Sedap sangat.
Thanks ye che mat for the sharing.
So, sesape yang nak try buat,
bolehlah jengah2 resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN

7-8 ketul ayam - dicuci dan diperap dengan garam dan kunyit
3/4 cawan cili kisar
1 batang serai - dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan santan
1/2 ketul gula melaka
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis

bahan kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
sedikit belacan
3 helai daun limau purut - dibuang bahagian tengah


CARA CARA
1. Didalam minyak penuh, gorengkan ayam. Jangan sampai garing pula. Toskan dan ketepikan.
2. Didalam kuali berisi minyak untuk menumis, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan serai yg dititik. Tumis sehingga garing dan terbit minyak. Sentiasa kacau dan gunakan api yang kecil.
3. Masukkan gula melaka dan jus asam jawa. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian, masukkan ayam dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan santan dan masak sehingga pekat. Jika semua sudah ok, matikan api dan siap dihidang.

ENJOY!


4 comments:

faa.rosli said...

sedap sedap sedap nya...bestnya memasak...bila nak abis final ni...bosan beli nasi bungkus!

imNOTmasterchef said...

owh. tgh exam ke?
Goodluck ye! :)

hitomi lavender said...

Adoi..baru ja amik ayam buat ayam goreng..he...x sempat nk buat ayam abm ni..hehe...nak kna pi kdai bli ayam dlu la ni...:D

imNOTmasterchef said...

haha. xpe. bole cuba lain kali. hihi