Resepi 191 : Cornflakes Sira Sambal

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Fuh Fuh Fuh
Tiup2 sikit blog yg dah nak naik sawang ni
hihi
Sorry sgt2 sbb dah lama tak update resepi
Maklumlah, winter holiday.
Mood jejalan tu mulalah naik.
Seketiadaan ABM ni,
ABM gi bercuti ke negara jiran jepun ni iaitu korea selatan.
Best jugak lah.
Tapi skrng kan winter.
Memang lagi sejuk lah daripada jepun ni.
Suhu kat seoul tu boleh cecah sampai -15c hingga -20c
Ridiculous!


Okeylah,
Harini ABM buat menu simple saje.
Dan menu ni sebenarnya dah lama dok usha blog Che Mat
Tapi tak de kesempatan nak buat.
So, dah balik dari bercuti ni,
try lah buat snack ni.
Memang sedap dan pedas.
Sesuai lah kalau makan ni sambil tgk TV ke.
So, sesape yg nak try tu,
boleh la cuba!


BAHAN BAHAN

3 cawan cornflakes
1/2 cawan badan keping (ABM guna badam cincang kasar)
1 sudu besar biji bijan (nak lebih pon boleh)
1 genggam ikan bilis (seeloknya yg kecil) - direndam 10 minit dan toskan
2 senduk nasi cili kisar
4 sudu besar gula
2 sudu besar cuka makan
3 ulas bawang putih - ditumbuk
garam secukup rasa


CARA CARA
1. Sangaikan badam dan biji bijan dengan api sederhana sehingga wangi dan keemasan. Kacau sentiasa. Angkat dan sejukkan.
2. Didalam kuali, yg sama, masukkan sedikit minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
3. Gunakan minyak tadi, masukkan bawang putih. Tumis sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
4. Masukkan gula, garam dan cuka. Kacau rata dan sambal bertukar pekat.
5. Masukkan cornfalkes, badam, ikan bilis, bijan kedalam sambal dan gaul rata sehingga kering dan keseluruhan cornflakes disaluti sambal. Matikan api dan sejukkan dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

SELAMAT TAHUN BARU 2013
HAPPY NEW YEAR
あけましておめでとうございます

ENJOY!


Comments

faa.rosli said…
sedap sedap sedap....eheheh

bestnye jenjalan kat korea
Unknown said…
Hehe...ni mcm ikan bilis buh sambai dah ni abm...sedap nmpak ni..leh try nnti ni..wah..bestnya abm jejln winter kat korea..pi tmpat winter sonata x?hehe..
Anonymous said…
Salam.... Sy ada buat... Tp conflakesnye jd lemau.... Mcm mn nk buat utk jd rangup...

Popular Posts