Saturday, December 22, 2012

Resepi 190 : Matcha Chiffon Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat dessert lagi.
Hihi.
Mintak maaf la ye, kebelakangan ni
memang gila sikit nak buat dessert.
So, Hari ni ABM buat menu ni
Matcha as known as Green Tea.
ABM bukan la peminat teh hijau ni.
Tapi, kalau dlm bentuk dessert,
ABM mmg minat.
Tapi, kalau minum camtu je.
mmg takkan lah.


Untuk resepi ni,
ABM rujuk resepi dalam blog ABM ni jugak
Tapi, cume ABM ubah kepada green tea.
Dan maybe ni resepi last utk tahun ni,
Sebabnya winter holiday dah start.
Mungkin ABM takde kat rumah.
So, jumpe next year ya utk resepi2 yang lain
insyaAllah.
Kek ni ABM buat untuk makan2 malam ni.
Tapi ABM dah tercurik beberapa keping.
Hihi


BAHAN BAHAN
(18cm)

Bahan A (diayak)
150g tepung kek superfine (guna tepung gandum pon ok)
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B
4 biji kuning telur
70g gula kastor
secubit garam

Bahan C
85ml minyak sayuran
110ml susu segar
30g serbuk matcha
sedikit pewarna hijau

Bahan D
4 biji putih telur
70g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar


CARA CARA

1. Panaskan oven 170c
2. Didalam mangkuk, pukul bahan B sehingga pucat. Kemudian, masukkan minyak sayuran dan pukul lagi hingga kembang.
3. Campurkan susu segar dan matcha. kacau sebati. Masukkan kedalam adunan dan pukul rata. Masukkan sedikit pewarna hijau dan kacau sebati. Pastikan jgn terlalu banyak letak pewarna hijau sebab nak mengekalkan warna matcha tersebut. 
4. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil gaul guna spatula. Jangan terlalu overmix adunan ya. Setelah selesai, ketepikan.
5. Didalam mangkuk lain, masukkan putih telur. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula dan cream of tartar dan pukul sehingga kental (stiff peak). Bila mangkuk diterbalikkan, putih telur tak tumpah.
6. Masukkan putih telur kedalam adunan sedikit demi sedikit. Kaup balik adunan guna spatula. Jangan overmix adunan. Jika dah selesai, masukkan kedalam loyang chiffon dan bakar selama 40-45 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dan dihidang. Enak dimakan bersama vanilla ice cream.

ENJOY!


1 comment:

faa.rosli said...

igtkn matcha tu panggilan utk mamak tu...hihihi...

nyway igtkn td kek pandan..