Sunday, December 16, 2012

Resepi 187 : Kek Pisang Marble

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah.
Hari ni diberi kesempatan lagi utk
update resepi.
Hujung minggu ni terasa nak buat kek pisang
memandangkan ade lagi beberapa sisir pisang
yg ade kat dapur tu.
Nak makan camtu je bosan lah pulak.
So, ABM pon buat lah kek pisang
yang simple tapi sedap ni.


ABM rujuk resepi dari blog Kak Azlita.
Memang sangat sedap dan kene dengan citarasa ABM.
Kek nya tak lah terlalu manis.
Tapi sedang2 enak je.
Thanks ye kak ita for the recipe!


Okeylah sesape yang teringin nak buat tu,
Bolehlah rujuk resepi ni.
Sesuai untuk minum petang bersama famili.


BAHAN BAHAN
(18cm loyang chiffon)

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji pisang ranum (atau 5-6 biji pisang emas)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
secubit garam
3 biji telur
1 cawan gula kastor
sedikit esen vanilla - ABM guna esen pisang
sedikit coklat emulco / serbuk koko


CARA CARA
1. Panaskan oven 170c.
2. Ayakkan tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, lenyekkan pisang bersama secubit garam. Ketepikan.
4. Didalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sehingga gebu. Setelah itu, masukkan pisang yg dilenyek dan minyak sayuran. Pukul sekejap.
5. Gunakan spatula, masukkan tepung dan susu berselang seli sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Masukkan pula esen vanilla/esen pisang kedalam adunan. Kacau sebati.
6. Bahagikan dua adunan sama rata. Masukkan sedikit coklat emulco/serbuk koko kedalam salah satu adunan. Gaul sebati.
7. Masukkan adunan kedalam loyang yg telah digris. Adunan asal --> adunan coklat --> adunan asal --> adunan coklat. Gunakan lidi dan buat swirl kepada adunan tadi. Buat ala kadar je, jgn terover pulak. 
8. Bakar didalam oven selama 60minit. Pada minit ke 40 camtu, bahagian atas kek ABM dah agak perang. Jadi, ABM taknak atasnya terbakar, jadi ABM cover dengan aluminium foil. Bila masa pembakaran ade lagi 7 minit camtu, ABM bukak balik aluminium foil tu dan bakar kan kek sehingga habis. Bergantung pada oven masing2 ya. Rajin2lah tengok2 kek anda nanti. Sejukkan dahulu barulah dihidang. Boleh juga taburkan icing sugar diatasnya sebagai hiasan.

ENJOY!


7 comments:

faa.rosli said...

WOW nampak kegebuss-an nya disitu....sedap sedap sedapnya kek pisang!!!

Cheq Sue said...

akak dok rancang jugak nak buat kek pisang, tapi tetiba mak dah gaul semuanya dengan tepung. adehhh...

imNOTmasterchef said...

[faa.rosli]
Tulah. makan time minum petang mmg best! :)

imNOTmasterchef said...

[cheq sue]
owhh. haha.
ok la tu petang2 mkn pisang goreng.
Teringin gak nak buat pisang goreng tp pisang2 kat sini x sesuai nk digoreng.
huhu.

Aesya Zealous said...

1st time rasanya singgah sini. haihh terliur lak. lama dah tak makan kek pisang.. huhu

imNOTmasterchef said...

Selamat dtg ke blog ABM aesya.
Thanks sbb sudi singgah.
:)

Anonymous said...

kek ni jd gebu cm kek di kedai ke?