Thursday, December 13, 2012

Resepi 186 : Apple Galette

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama ABM tak update resepi kan.
Dh malas dah nak cakap pasal biasiswa nih.
Makin difikirkan makin sakit hati.
Tempoh yg dijanjikan ade lg 7 hari.
Diberitahu hari tu selewat2nya duit akan masuk
20hb12.
Kalau tak masuk jugak, tak tau lah nk cakap ape.


Okeylah, hari ni nak kongsi satu resepi yg sangat mudah!
Tapi, sangatlah delicious!
Apple Galette!
ABM tak tau apa maksud galette tu.
Tapi, yg ABM faham tentang menu ni,
dia ala2 apple pie gitu
Cuma, cara penyampaian dan buatnya
tak payah nak guna bekas pie tu.
So, lebih mudah lah.


ABM dapat idea bila ABM tgk kat vimeo
ade orng buat menu ni.
Tapi, ABM takdelah ikut 100%
Mungkin cara dia buat tu memang betul2 Apple Galette.
Tapi, ABM twist sikit kat filling dia.
ABM guna apple pie filling.
Cuma idea je idea Apple Galette.


Sebabnya ABM sangat suka
kombinasi antara apple+cinnamon+brown sugar
So, ABM pon derhaka lah sikit kat filling dia tu.


Kalau ikut resepi yg ditunjuk tu,
memang tak de langsung digunakan cinnamon
Tapi, kita buat sendiri utk makan sendiri kan.
So, ikutlah citarasa masing2.
hihi


BAHAN BAHAN

crust
1 cawan tepung gandum
6 sudu butter (yg sejuk) - didadu kecil
beberapa sudu besar air sejuk (ABM guna 3-4 sudu besar)
1/2 sudu besar gula
secubit garam

filling
2 biji epal hijau - dikupas dan dipotong wedges
1-2 sudu besar serbuk kayu manis (cinnamon) - kalau x suka skip
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter - yg dicairkan

CARA CARA
 crust
1. Satukan tepung, butter yg sejuk, gula dan garam. Gunakan pastry cutter / garfu dan satukan bahan2 sehingga sebati menjadi ala2 crumbs. Pastikan seboleh2 nya jangan guna tangan anda untuk memegang pastry. Ini kerana, butter dalam pastry akan mencair kerana haba yg terhasil kat tangan.
2. Masukkan satu sudu air sejuk dan satukan adunan sebati. Masukkan lagi air sejuk sehingga betul2 menjadi seperti pastry doh. Jangan letak banyak sgt air ya.
3. Bila dah ok, balutkan pastry dengan plastic wrap dan bungkus kemas. Masukkan didalam peti ais selama 30 minit.

filling
1. Sementara itu, apple yang dah dikupas dan dipotong dimasukkan kedalam mangkuk. MAsukkan kesemua bahan2 filling yg lain dan gaul sebati. Ketepikan.

penyediaan
1. Panaskan oven 200c.
2. Ambil pastry tadi dalam fridge dan gunakan penguli doh dan bentukkan bulat yg besar lebih kurang ukuran diameter 33cm. Alihkan pastry diatas baking pan yg dilapik dengan baking sheet.
3. Susunkan apple didalam pastry. Pastikan ada ruang dibahagian tepi untuk melipat pastry tersebut. Susun sehingga habis. Lipat pastry dengan kemas. Jika tak tahu macam mana nak lipat pastry, rujuk link yg ABM dah bagi kat atas tu. Then, taburkan sedikit gula di bahagian tepi pastry.
4. Bakar selama 40-45 minit. Setiap 15 minit, pusingkan apple galette tersebut supaya dibakar sekata. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

ENJOY!

6 comments:

faa.rosli said...

sedapnya kalo dpt mkn ngan eskrem vanilla..nyumnyum

imNOTmasterchef said...

yup2! mmg sedap.
tapi kat luar penuh ngn salji,
malas pulak nk gi beli.
hihi

Moonirah said...

mihahah...dah ltk gambar br tau sape ABM ni..>.<

imNOTmasterchef said...

hahaha. :D

Liasari said...

salam,
blogwalking. suka tgk blog alif tak sangka tuan punyanya seorg lelaki yg hebat memasak!

imNOTmasterchef said...

wslm.
thanks liasari.
:)