Resepi 184 : Kuih Bom Kuih Tradisi

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Firstly, ABM mintak maap sesangat.
Dh lama jugak tak update.
Memandangkan minggu2 exam ni.
Memang tak sempat kekadang nak jengah blog.
Tapi hari ni ABM cuba buat satu resepi yg simple.
Dapat lah jugak berceloteh sikit dalam blog ni.


Lagipon, ABM sangat lah tensen.
Bukan nya apa, duit biasiswa belum masuk lagi hingga hari ni.
Dah lewat 2 minggu dah ni.
Selalunya, a week before masuk bulan tu,
dah dapat duit dah.
Tapi, still tak dpt lg.
Takpelah. Maybe nak ajar jimat sikit kot.
So, terima jelah.
Sebab ade masalah2 camni
sebenarnya sistem kemasukan biasiswa tu ade pertukaran.
Kelam kabut jadinya. Sebelum ni jalan lancar je.


Okeylah, berbalik dengan menu hari ni.
ABM sangat2 suka kuih ni.
Kalau mak baru balik dari kenduri yaasin,
mesti tgk mak bwk balik kuih ape.
Selalunya ade lah kuih ni.
Sejak tu, jadi kegemaran ABM pulak.


Kat dapur tu pulak ade lebihan tepung pulut
yang ABM buat buah melaka hari tu.
Belek punya belek resepi yg guna tepung pulut,
terpikir nak buat menu ni.
ABM pon search kat blog Dapur CT
Alhamdulillah ade.
Thanks for the recipe.
Memang sedap.


BAHAN BAHAN
(15 ketul bergantung pada saiz)

kulit luar
80g keledek - direbus dan dilenyek
120g tepung pulut (kat jepun, ABM guna tepung mochi)
20g tepung gandum
35g gula kastor
secubit garam
100ml air (ABM guna lebih kurang 80ml je)
biji bijan secukupnya - untuk salut diluar

inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut
1/3 cawan gula melaka (ABM guna 黒砂糖) - dihancurkan
1 helai daun pandan - disimpul (ABM ganti 1/2 sudu kecil perasa pandan)
2/3 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa
sedikit air

*boleh nak lebihkan gula melaka. Ikut citarasa masing2.

CARA CARA

inti kelapa
1. Masukkan kesemua bahan kedalam kuali. Gunakan api yg kecil, kacau sehingga sebati.
2. Bila air dah kering dan bahan2 sebati dengan sempurna, matikan api dan biarkan sejuk seketika.
3. Bila dah tak panas, bentukkan bulat2 sehingga 15 ketul. Ketepikan.

kulit luar dan penyediaan
1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali bijan dan uli. Seboleh- bolehnya, semasa nak satukan bahan, masukkan air sikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk dengan mudah.
2. Buatkan bentuk bulat dan leperkan. Pastikan boleh bungkus inti kelapa keseluruhannya. Bungkus sempurna dan kemaskan bentuk bulat. Golekkan diatas biji bijan sehingga meliputi keseluruhannya. Buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak (pastikan jumlah minyak banyak). Bila dah panas, masukkan bebola tadi dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Masak sehingga habis. Siap dihidang!

p/s: inti dalam tu nak letak kacang merah/kacang hijau pon sedap. 

ENJOY!

Comments

Unknown said…
Wah..kuih bom kegemaranku selalu..memang minat kuih ni sgt2..kalau tukaq intinya.boley x abm?x brapa suka nyok sgt..klu mak biat,mak slalu buh inti sikit ja.huhu..satu lagi nk tnya abm..aritu sya buat krim putar.bli whping cream jenama emborg.dah masuk gula icing.kacau2 pastu dia berair pulak..knapa ek?tak cantik langsung bunga2 yang ditekan.jadi kembang dan berair..hu..
A.B.M said…
untuk inti kuih bom boleh je nak letak kacang merah or apa2 lh yg rase sesuai. hihi :)

pasal whipping cream tu, mgkin terlebih pukul. Sebabnya, kalau whipping cream kita terlepih pukul, ia akan bertukar semula kepada cecair. Pastikan, bila dah kental, jgn pukul lg. Lagi satu, pastikan simpan whipping cream kat tempat sejuk. Kalau tak nanti whipping cream rosak. Kalau nak kekalkan sejuk tu, mase pukul, guna mangkuk besi. Dan rendam mangkuk besi dalam bekas berisi air batu. Then, pukul whipping cream. Tapi the main reason sbb jadi cecair tu mgkin terlalu overwhip. :)
Unknown said…
Inti kaya boley?hehe..

Oo..patutlah..memang masa kacau tu bersemangat sgt terlebih kacau dah la kut..haha..teruja nak buat whipping krim utk kali pertma ni.he..tima kasih abm sbb bgtau cmna cra betui nk buat whipping krim ni..:D
A.B.M said…
boleh je kalau kene dengan selera. Tp susah sikit kot nak membulatkan adunan sbb kaya kan cair. hihi.

Ok, no problem. :)
Unknown said…
hi. nak tanya.. resipi ni boleh buat frozen x?

Popular Posts