Sunday, December 2, 2012

Resepi 183 : Self-Saucing Spongy Lemon Orange Pudding

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM nak kongsi satu resepi
yang super duper delicious!
Memang enak tak terkata!
Serious.
Self-saucing Spongy Lemon Orange Pudding.
Baca nama menu ni pon kita dapat agak camna tektur puding ni.
Bahagian atas pudding terdapat lapisan kek yg lembut!
dan bahagian dasarnya pula ada lapisan sos lemon orange yg sedap.
Memang ABM syorkan sila lah buat dessert ni.
Tak susah pon.
Bahan2 pon mudah je.


ABM dapat resepi dari JoyOfBaking.
Tapi resepi asal guna lemon je.
Tangan ABM ni gatal sangat nak letak oren dalam tu.
So, terderhaka lah sikit.
HAHA.
Resepi seperti di bawah ni.


BAHAN BAHAN
(8-9 bekas ramekin saiz 7.5cm)

200g gula kastor
60g butter - suhu bilik
3 biji telur - diasingkan putih dan kuning
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar parutan kulit lemon
1/2 sudu besar parutan kulit oren
45g tepung gandum
secubit garam
50ml jus lemon
50ml jus oren
240ml susu segar
1/8 sudu kecil cream of tartar

CARA CARA
1. Panaskan oven 160c. Bekas ramekin hendaklah disapu dengan butter. 
2 . Asingkan 2 sudu besar gula kastor dalam bekas lain. Ketepikan. Didalam mangkuk, masukkan butter dan lebihan gula tadi. Pukul sehingga pucat dan kembang. Masukkan telur kuning satu per satu sambil pukul dengan sebati. 
3. Masukkan esen vanilla dan parutan kulit lemon dan oren. Putar sebati. Masukkan tepung dan garam. Putarkan sebati.
4. Dengan menggunakan kelajuan yg perlahan, masukkan jus oren dan lemon sehingga sebati. KEmudian, masukkan pula susu segar sehingga sebati. Ketepikan.
5. Didalam mangkuk yg lain, masukkan putih telur dan pukul sehingga berbuih. Masukkan pula cream of tartar dan pukul sehingga soft peak. Kemudian, masukkan pula 2 sudu besar gula tadi dan pukul sehingga hard peak (kalau terbalikkan. putih telur tak tumpah). Masukkan putih telur kedalam adunan tadi (ABM masukkan 3 peringkat). Kaup balik adunan. Jangan overmix adunan ya. 
6. Masukkan adunan kedalam bekas ramekin sehingga 3/4 penuh. Gunakan kaedah "water bath" untuk membakar puding ni. BAkar didalam oven selama 40-45 minit atau sehingga bahagian lapisan sponge kek masak. Sejukkan seketika sebelum dihidang.

ENJOY!

6 comments:

faa.rosli said...

sedapnya...terasa-rasa masam lemon n manis puding dlm tekak ni

imNOTmasterchef said...

cubalah buat. gerenti puas hati. hihi

Marsita yahya said...

Salam, akak suka apa2 dessert yang letak lemon atau oren...yummy.

imNOTmasterchef said...

wsalam.
wahh. sme lah kita kak.
bole geng! hahahaha

Anonymous said...

Kalau guna oren sahaja agak agak jadi tak ? Terima kasih
Blog yang menarik !

imNOTmasterchef said...

Boleh. :) ikut kreativiti. :)