Friday, November 30, 2012

Resepi 182 : Cocoa Coffee Brownies

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama jugak ABM tak buat brownies.
Sebelum ABM buat blog ni,
ABM mmg suka buat brownies ni.
Simple dan sedap.


Untuk resepi kali ni,
ABM rujuk dari buku resepi yg ABM beli kat japan ni.
Cuma, ABM ade tambah2 sikit.
Resepi asal tak guna coffee.
Jadi ABM tambah lah kat dalam resepi ni.
Kalau nak tahu, ABM ni tak delah penggemar kopi.
Tapi, kalau kopi tu kat dalam dessert,
memang ABM suka.
Kalau air tu, ABM prefer air teh dripada air kopi.
Okeylah, macam biasa
kalau nak try buat,
rujuk lah resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(20cm loyang segi empat)

100ml air panas
4 sudu besar serbuk koko
120g butter - dicairkan
1 1/2 sudu kecil serbuk kopi instant (ABM guna espresso)
2 biji telur - dipukul seketika
1 sudu kecil esen vanilla
120g gula (kalau kurang manis boleh tambah lg sikit)
secubit garam
70g tepung gandum (ABM tambah lagi 1 sudu besar)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar plain yogurt
2-3 sudu besar serbuk almond (nak guna yg cincang kasar pon boleh)

CARA CARA
1. Panaskan oven 180c.
2. Satukan tepung dan soda bikarbonat. Ayakkan dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk, masukkan air panas dan koko dan serbuk kopi. Kacau sebati. Masukkan pula butter dan pukul sebati.
4. Masukkan telur yg dipukul seketika tadi dan juga esen vailla kedalam adunan. Pukul sebati. MAsukkan pula gula dan garam. Pukul sebati. Kemudian, masukkan plain yogurt dan pukul sebati.
5. Masukkan tepung yg diayak bersama soda bikarbonat tadi kedalam adunan. Gunakan spatula dan gaul sebati. Masukkan pula serbuk almond kedalam adunan. Gaul sebati.
6. Tuang kedalam loyang dan ratakan. 
7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Bila dah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong. ABM lagi suka sejukkan dalam peti ais. Bila dah betul2 sejuk, baru dipotong dan makan. Lagi sedap (bagi ABM lah). Taburkan icing sugar sebagai hiasan.

ENJOY!

No comments: