Sunday, November 25, 2012

Resepi 179 : Strawberry Oreo Cheesecake with Strawberry Compote

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Wah2, hari ni ABM buat Cheesecake lagi!
Dan ni jugak kek yang ditempah oleh senior.
Senior tahun akhir.
Nanti dah tak dapat rasa cake2 ABM lagi
*cewah, perasan sedap je kek dia*
haha


Kalau bukan senior yg tempah,
tak mampu nak buat cheesecake time2 tengah kering ni.
Haiyaa, menunggu duit yg lama lg nak masuk
sobss.
Actually, ABM tak berani nak ambik tempahan sebenarnye
Bukan nye ape,
ilmu pasal baking membaking ni masih sikit
Takut nanti ade yg tak berpuas hati dengan hasil nya pulak.
Tapi, syukur Alhamdulillah jugak
sebabnya ade orang yg nak soh ABM buatkan kek.
Hopefully senior2 yg tempah tu berpuas hati hendaknya.


Okeylah, untuk resepi ni ABM just twist sikit je
daripada resepi sebelum ni yg ABM buat
Resepi yang itu ABM cuma bubuh jam strawberry kat atasnya saja
Tapi untuk resepi ni,
ABM blend skali buah strawberry kat dalam kek ni.
Dan jugak ade hirisan2 strawberry dalam tu dan 
ABM letak jugak oreo dalam adunan kek.
Dan yg istimewa lagi,
ABM buat strawberry compote utk topping
Tapi, ABM cuma pakai frozen strawberry jelah.
NAk beli yg fresh masih mahal lg hargenye.
Okeylah, sesape yg nak try, leh lah rujuk resepi dibawah ni.


BAHAN BAHAN
(18cm)

base
20 sandwich biskut oreo - tak perlu buang inti
45g butter - dicairkan

batter
250g cream cheese - suhu bilik
200ml whipping cream
1/2 biji jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
90g gula kastor
1 cawan strawberry - ABM pakai frozen punya

filling
7 sandwich oreo - dipatahkan
1 cawan strawberry - ABM guna frozen nya (didadu kasar)
1 sudu tepung gandum

strawberry compote
2 cawan strawberry - ABM pakai frozen (dibelah 2)
1/4 cawan gula


CARA CARA

base
1. Masukkan oreo kedalam food processor dan kisar halus. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan juga butter cair. Gaul rata.
2. Sediakan loyang springform 18cm dan masukkan oreo tadi. Ratakan guna sudu sehingga mampat. Masukkan kedalam freezer sementara buat adunan cake.

batter+filling
1. Panaskan oven 170c.
2.  Masukkan kesemua bahan2 batter kedalam food processor dan kisar adunan sehingga sebati.
3. Semantara itu, di mangkuk kecil yg lain, satukan strawberry yang didadu kasar untuk filling dan satu sudu tepung gandum. Gaul guna sudu sehingga sebati. Pastikan keseluruhan strawberry diselaputi tepung. Ketepikan.
4. Masukkan adunan yg dikisar kedalam mangkuk besar. MAsukkan oreo yg dipatahkan dan gaul sebati. Masukkan pula strawberry yg diselaputi tepung kedalam adunan dan gaul sebati. Gaul sekejap je.
5. Masukkan adunan kedalam loyang tadi dan bakar selama 45 minit. 
6. Pada minit yang ke 30, tutupkan atas kek dengan aluminium foil supaya atas kek tak terlalu hitam (terbakar). Sambung proses pembakaran sehingga siap.
7. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan kedalam peti ais selama 4 jam atau semalaman. ABM letak dalam fridge semalaman. Supaya kek benar2 dah sejuk dan set.

strawberry compote
1. Satukan strawberry dan gula didalam saucepan dan gunakan api yg sederhana.
2. Sentiasa kacau. Air daripada strawberry akan keluar. Bila dah mendidih, kacau lagi sehingga menjadi agak pekat. 
3. Masukkan kedalam mangkuk yg sesuai dan biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan didalam peti ais. 

Bila cheesecake pon dah siap utk dihidang, hias kek dengan meletakkan strawberry compote diatasnya dan ABM hias sekali dengan whipping cream.

ENJOY!

4 comments:

ummiaisyah said...

beshhhhnya ciskek tu..kaya ngan stoberi! gambo pon cantik tahniah ABM!

hitomi lavender said...

Sedapnya abm.baru cadang nak buat kek ni..kek harijadi..tp strawberi plak takdak ni..kalau filling lain boleh x letak?kastard boleh?:D

imNOTmasterchef said...

[ummiaisyah]
thanks ummi. :)

imNOTmasterchef said...

[hitomi]
erm, lau kastard cam tak sesuai pulak.
Better letak buah2 tempatan lah.
macam mangga ke, buah naga ke, or buah2 yg hitomi suka. :)
just cadangan. ^^