Saturday, November 24, 2012

Resepi 178 : Lempeng Bawang dan Daun Kuchai

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Haa, kan ABM dah bagitau semalam.
Nak jimat punya pasal,
ABM update lah menu yg mudah
lagi murah ni.


Walaupon harge nye murah,
tapi, rasa nya mahal!
Sebab banyak nostalgia2 lama
dengan lempeng ni.
Teringat dulu2 time skola rendah.
Mak selalu juga lah masakkan menu ni.
Tapi lempeng biasa je lah.
Sebab ABM ni jarang sarapan.
Sebab perut ni tak biasa makan pagi.


Tapi hati seorang mak kan.
Tak kan lah tak sediakan sarapan utk anak.
At least untuk alas perut pon jadilah.
Hrm, bila cakap pasal family ni.
mulalah rindu kat Malaysia.


Takpe, insyaAllah ABM balik lagi
untuk cuti spring next year.
Okeylah, untuk resepi ni
ABM dapat dari Che Mat Gebu.

BAHAN BAHAN
(10 keping)

2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 1/2 cawan air - ikut kepekatan yg anda suka
2 sudu besar minyak masak
5 pokok daun kuchai - dihiris 
1/2 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa
1 biji telur

bahan cicah
sambal tumis/kari atau apa2 yg difikirkan sesuai

CARA CARA
1. Satukan bahan2 diatas kecuali air dan bahan cicah. Gaul rata dan tuang air sikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yg dikehendaki. Biarkan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan dan sapu sedikit dengan minyak. Bila dan panas, masukkan 1 senduk adunan dan ratakan. Bila permukaan dah pucat/mengering, terbalikkan lempeng. Biarkan seketika sehingga agak garing. Angkat dan buat sehingga habis.
3. Siap dihidang dengan bahan cicah.

p/s : Memang agak banyak. So, ABM masak separuh adunan dulu. Lagi separuh untuk sarapan esok! 

ENJOY!

No comments: