Friday, November 23, 2012

Resepi 177 : Caramel Apple Upside-down Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM buat menu berkaitan
dengan epal.
Hari tu beli buat kerabu ade lebih lagi
So, ABM pon terajin lah nak buat kek ni


Lagipon, ABM cume ubah sikit2 je
dengan resepi sebelum ni yg ABM buat
upside-down banana cake
ABM cume tambah beberapa bahan
daripada resepi Laura Vitale
TApi, untuk cara membuat cake,
ABM rujuk resepi sebelum ni
yg ABM rujuk dari blog Dulce Delight


Actually, untuk beberapa minggu akan datang ni
blog ni maybe akan suram sikit
Sebabnya, duit scholarship lambat sikit masuk
Maybe minggu 1st ataupon 2nd bln 12 ni
Hrm, Memang ABM ikat perut sikit lah
Sebab bnyk duit dah guna beli barang2 aritu.
Ingtkan duit masuk minggu ni ataupon minggu depan. 
Tapi, dilewatkan atas sebab2 tertentu pulak.
Hrm, Sabar jelah.


BAHAN BAHAN
(20cm)

caramel apple
1 biji epal hijau
3 sudu besar butter
3/4 cawan gula perang
1/2 biji lemon - diambil jus
1/2 sudu besar cinnamon powder

cake
1 cawan tepung gandum*
3/4 cawan tepung kek*
3/4 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
secubit garam*
1/8 sudu kecil serbuk nutmeg (buah keras)*
1 sudu kecil serbuk kayu manis*
1 sudu kecil parutan kulit oren
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
7 sudu besar butter
3/4 cawan sour cream/plain yogurt (ABM tambah lg 2-3 sudu besar)
1 sudu kecil esen vanila

CARA CARA
1. Panaskan oven 160c
2. Potong epal berbentuk wedges dan lumurkan dengan jus lemon supaya tidak teroksidasi ( tak lebam). Ambil loyang (bukan jenis yg boleh bukak bawah) dan letakkan diatas api. Masukkan butter, brown sugar dan cinnamon. Kacau sehingga gula larut. Guna api kecil sahaja. Bila dah larut, susunkan epal yg dipotong diatasnya. Kalau kat dapur hanya ada loyang yg boleh bukak bawahnya tu, bahan2 untuk caramel hendaklah dimasak di saucepan. Kemudian, tuang didalam loyang dan ratakan. Susun epal diatasnya. Ketepikan.
3. Untuk kek, ayakkan bahan2 bertanda (*) didalam satu bekas. Ketepikan.
4. Putarkan butter didalam mangkuk yang lain sehingga kembang dan pucat. Masukkan pula gula sedikit demi sedikit sehingga sebati.
5. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati. Kemudian, masukkan yogurt/sour cream didalamnya dan putar sebati. Masukkan juga parutan kulit oren didalamnya.
6. Masukkan esen vanilla kedalamnya dan gaul sebati.
7. Masukkan bahan yang diayak tadi dan kaup balik adunan. Gaul sehingga sebati sahaja. Jangan terlalu menggaul (overbeat) adunan tersebut. 
8. Masukkan kedalam loyang tadi dan ratakan adunan. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak. Bila dah masak, keluarkan kek dan cover dengan kain selama lebih kurang 15 minit. Kemudian, barulah boleh dikeluarkan kek dengan cara menterbalikkan loyang. 

ENJOY!


5 comments:

hitomi lavender said...

Hu..sedapnya...nak kena cuba ni...kek terbalik apple..best2
Lambat lg la nak dpt resipi dari abm nnti ya..huhu..:)

i'mNOTmasterchef said...

memang sedap kek ni.
Rasa ala2 apple pie gitu. hihi

Tulah, maybe kalau update resepi pon, resepi budget je lah. yg mmg senang dan bahan pon murah.. haha

hitomi lavender said...

Ha..abm..ok jgk tu..resipi budget pun budget la..best jgk tu..yg senang dan murah ni best ni..ha..jgn lupa update resipi nnti ek...sya tnggu..hehe.. :D

imNOTmasterchef said...

hihi. insyaAllah. akan diupdate.
:)

DoubleH said...

Prnh buat jugak this cake..pun refer kat Laura Vitale...mmg sdap..masam2 manis n dia pnya kek ada rasa berempah sbb letak nutmeg n cinnamon...lg sdap masa serve kek ni,letak sekali 1 scoop vanila ice cream..mmg terbaik...:)