Wednesday, November 21, 2012

Resepi 176 : Kerabu Epal dan Lobak

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Untuk Dinner hari ni pulak
ABM tambah lagi satu dish
Kerabu Epal dan Lobak ni


Cara buat mudah.
Tp apa yang penting, 
resepi ni tak perlu lah nak menumis bagai.
Cepat siap.


Resepi ABM rujuk dari blog Cik CT
Memang sedap lah.
Cuma ABM tambah guna lobak je.
Makan macam tu pon dah sedap.
Inikan pulak makan dengan nasi.
Memang tak pandang kiri kanan lah.
hihi

BAHAN BAHAN

1 biji epal hijau (Kat jepun ABM pakai 王林)
1 biji bawang besar (ABM guna 1/2 biji bawang holland) - didadu kecil
1 biji tomato (ABM tak letak) - potong dadu
1/2 biji lobak merah - dihiris panjang
4 biji cili padi (ABM guna cili biasa je)- dihiris bulat
Jus lemon/limau nipis/cuka /air asam jawa (ABM guna 1 1/2 biji jus lemon)
1/2 sudu kecil kerisik (Tak ada pon tak pe rasenye)
sedikit sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit udang kering - yg digoreng seketika dan ditumbuk kasar

CARA CARA

1. Hiris buah epal nipis2. ABM hiris panjang2. Kalau nak hiris besar2 sikit macam Cik CT buat pon ok. Kemudian masukkan kedalam air garam untuk mengelakkan epal teroksidasi (lebam). 
2. Bila semua bahan dah siap, toskan epal tadi. Didalam satu mangkuk, satukan kesemua bahan dan gaul rata.
3. Jika rasa semua dah ok, siap dihidang!

*p/s : Epal kat jepun ni besar2. Pakai sebiji pon dah berbaloi. hihi

 ENJOY!

No comments: