Wednesday, November 21, 2012

Resepi 175 : Sambal Daging

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Lunch hari ni
ABm masak daging sambal
Mudah dan sedap
Hari ni pon ade satu kelas je
So, dapatlah update blog awal sikit


ABM dapat resepi dari Majalah Rasa
Bahan2 pon memang dah sedia ada
dekat dapur
Dapatlah buat menu ni terus
Menu ni bukan saja sesuai dimakan dengan nasi
tapi sedap juga makan dengan roti
Buat sarapan pon boleh ni


BAHAN BAHAN

300g daging kisar
4 biji cili padi (ABM guna cili merah biasa je) - dihiris
5 sudu makan air asam jawa
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

dikisar halus
10 tangkai cili kering (ABM rendam dalam air panas kejap)
1 biji bawang besar (ABM guna 4 biji bawang kecil)
2 ulas bawang putih
2cm belacan (tak payah letak kalau x suka)

CARA CARA
1. Didalam kuali berisi minyak panas, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan cili padi dan kacau sebentar. Lepas tu, masukkan daging cincang dan kacau lagi.
3. Setelah daging masak, masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
4. Pecahkan telur di tengah2 dan tunggu telur masak sedikit. Kemudian, barulah dihancurkan dan kacau sebati. Siap dihidang.

ENJOY!

No comments: