Tuesday, November 20, 2012

Resepi 174 : Upside-down Caramel Banana Cake with Almond

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Untuk dessert harini,
ABM buat cake upside-down ni
Memang dah lama teringin nak makan
Baru hari ni sempat nak buat


Untuk menu ni ABM dapat resepi
dari blog Dulce Delight
Tapi ade ABM kurangkan sukatan sedikit je
utk sesuaikan loyang yg ABM guna


Jadi untuk sesiape yg nak cuba tu
Bolehlah ikut resepi ni
Memang marvelous lah!
Cuma ABM ade olah sikit lah.
ABM masukkan sikit perasa pisang dalam
adunan kek tu.


BAHAN BAHAN
(20cm)

caramel banana
2-3 biji pisang
 2 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 biji lemon - diambil jus
3/4 sudu besar cinnamon powder

banana cake
1 cawan tepung gandum*
3/4 cawan tepung kek*
3/4 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
secubit garam*
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
7 sudu besar butter
3/4 cawan sour cream/plain yogurt (ABM tambah lg 2-3 sudu besar)
1 sudu kecil esen vanila (ABM ganti perasa pisang)
beberapa titik warna kuning

optional
almond yg disangai dan dicincang secukupnya - untuk hiasan

CARA CARA
1. Panaskan oven 160c
2. Potong pisang dengan bentuk bulat ataupon memanjang (macam ABM buat) dan lumurkan dengan jus lemon supaya tidak teroksidasi ( tak lebam). Ambil loyang (bukan jenis yg boleh bukak bawah) dan letakkan diatas api. Masukkan butter, brown sugar dan cinnamon. Kacau sehingga gula larut. Guna api kecil sahaja. Bila dah larut, susunkan pisang yg dipotong diatasnya. Kalau kat dapur hanya ada loyang yg boleh bukak bawahnya tu, bahan2 untuk caramel hendaklah dimasak di saucepan. Kemudian, tuang didalam loyang dan ratakan. Susun pisang diatasnya. Ketepikan.
3. Untuk kek, ayakkan bahan2 bertandan (*) didalam satu bekas. Ketepikan.
4. Putarkan butter didalam mangkuk yang lain sehingga kembang dan pucat. Masukkan pula gula sedikit demi sedikit sehingga sebati.
5. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati. Kemudian, masukkan yogurt/sour cream didalamnya dan putar sebati.
6. Masukkan pewarna kuning dan esen vanilla/perasa pisang kedalamnya dan gaul sebati.
7. Masukkan bahan yang diayak tadi dan kaup balik adunan. Gaul sehingga sebati sahaja. Jangan terlalu menggaul (overbeat) adunan tersebut. 
8. Masukkan kedalam loyang tadi dan ratakan adunan. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak. Bila dah masak, keluarkan kek dan cover dengan kain selama lebih kurang 15 minit. Kemudian, barulah boleh dikeluarkan kek dengan cara menterbalikkan loyang. Bolehlah letak almond diatasnya sebagai unsur crunchy pada cake ni.

*p/s: Jika kek menggelembung di tengah2 selepas dibakar, buang sikit bahagian yg gelembung tu supaya kek senang 'berdiri' semasa diterbalikkan dan dihidang.

ENJOY!

4 comments:

Moonirah said...

interesting! hrtu sy sminggu cuti tak membaking apa pun.haha..member kata miracle! hahah...

i'mNOTmasterchef said...

hahaha.
terbalik pulak.
sepatutnya time cuti lah rajin nak membaking. hihi
:D

AishaMyra said...

alamak saye tak suka pisang . haha :P

Moonirah said...

huhuh...sbbnye takde mood.nnt tak menjadi