Sunday, November 18, 2012

Resepi 172 : Cendawan Goreng Berempah

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Untuk menu hari ni,
ABM buat Cendawan Goreng.
Dah lama tak makan menu ni.
Mase ABM study kat UM dulu,
selalu beli cendawan goreng kat cafe.
Sedap makan ngn nasi.


Tapi agak mengecewakan,
cendawan tiram kat jepun ni tak selebar macam kat malaysia
Hrm, tu yg agak sedih sikit.
Tapi xpe,
dah dapat makan ni pon kira syukur alhamdulillah.
Dan ABM juga buat sambal kicap sbgai sos pencicah.
Mungin sambal kicap ni hanya popular kat johor je kot
If not mistaken lah.


ABM dapat resepi daripada blog citarasawan
Thanks for the recipe.
So, sesape yg nak try tu,
jom tgk resepi apa yg digunakan.


BAHAN BAHAN

200g cendawan tiram
200ml air
50g tepung gandum
50g tepung beras
40g tepung jagung
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 serbuk kecil serbuk ketumbar - ABM lebihkan sikit
1 biji putih telur

CARA CARA

1. Satukan kesemua bahan kecuali cendawan sehingga sebati. Jika adunan agak pekat, tambah sikit air. Jangan terlalu cair. Pastikan bila dicelup dengan cendawan, adunan tepung menyelaputi cendawan.
2. Panaskan minyak dan goreng kan cendawan sehingga perang keemasan. Jangan letakkan terlalu bnyk cendawan dalam satu2 masa ya.
3. Hidang bersama sos kegemaran.

ENJOY!

2 comments:

hitomi lavender said...

Selalu adik sya buat cndawan ni goreng dgn tpung serbgna,hehe.lpas ni bleh cuba resipi abm plak.sbb berempah..kalau cndawan shitake pun bley kut ya.:)

Unknown said...

Thanks for the resipi..