Saturday, November 17, 2012

Resepi 171 : Ice Cream Cone Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM buat cake
yang kiut miut ni
Memang sangat menarik lah


Kalau sesape yang ade 
anak2 tu,
memang sesuai lah buat menu ni
Mesti dyorng suke
Yelah, kanak2 kan
Mesti lah suka ice cream
Tapi, sekali sekala tukar lah selera
Buat cupcake tapi dalam cone icecream


Resepi ni ABM rujuk dari blog Cik CT,
Thanks for the recipe ya!
Tapi ABM separuhkan adunan 
daripada resepi cik siti tu.
Sgt comel! suka gila bentuk cupcake ni.



BAHAN BAHAN
(12 cone cake)

12 flat-bottom ice cream cone

bahan cake
115g mentega - suhu bilik
115g gula kastor (Nak kurangkan manis sikit pon bole)
125g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 sudu esen vanilla

bahan lain
1/2 sudu kecil pewarna merah + perasa strawberry
1 sudu kecil chocolate emulco 
buttercream kegemaran / readymade whipping cream

*boleh juga guna pewarna atau perasa kesukaan*

CARA CARA
1. Panaskan oven 175c.
2. Sediakan acuan muffin yang dilapik dengan aluminium foil didalamnya dan masukkan cone ice cream. Ini supaya cone tak jauh bila dimasak didalam oven.
3. Satukan semua bahan cake dan putarkan dgn kelajuan sederhana lebih kurang 5 minit. Bahagikan 2 bahagian sama rata dan masukkan pewarna merah dan strawberry. Manakala lagi satu masukkan coklat emulco. Gaul sebati.
4. Jika nak senang, masukkan adunan kedalam piping bag dan pancitkan berselang seli kedalam cone sehingga 3/4 penuh.
5. Bakar sehingga 20 minit atau sehingga cake masak sepenuhnya. Biarkan seketika didalam oven selama 5 minit dan sejukkan diluar.
6. Hias dengan buttercream/ whipping cream.

ENJOY!

No comments: