Tuesday, November 13, 2012

Resepi 168 : Coconut Floss @ Serunding Kelapa

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Sebagai anak kelahiran Johor
Memang ABM sangat suka serunding
Bila dapat makan dengan nasi tu
Sedap ya amat!
Walaupon cuma ade nasi, kicap, telur ngn serunding.
Memang dah lengkap dah bagi ABM.


Thanks jugak kat Kak Sue dari blog SueJoshua.
Resepi memang sangat mudah.
Bahan2 pon senang nak dapat kat sini


ABM dapat agak banyak jugak
Lagipon serunding ni boleh simpan lama
So, tak kesah lah kan
Maybe kalau ABM rajin
akan ada resepi2 yg menggunakan serunding
lepas ni
InsyaAllah


Okeylah, kalau nak try buat,
jengahlah resepi kat bawah ni

BAHAN BAHAN

2 biji kelapa parut (ABM guna 3 cawan parutan kelapa dalam paket)
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

disangai dan dikisar halus
6 sudu besar udang kering - tak payah sangai. Kisar je terus.
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

dikisar
20 tangkai cili kering (direbus dahulu dan toskan)
6-8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit (ABM guna serbuk kunyit)
2 batang serai

CARA CARA
1. Didalam mangkuk, satukan parutan kelapa, bahan yg disangai dan dikisar termasuk juga bahan campuran cili kisar tu dan gaul sebati. Biarkan beberapa minit utk memerap.
2. Didalam non-stick pan, masukkan bahan2 di (1) dan goreng tanpa minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa (ABM guna maggie cukup rasa) kedalamnya dan kacau sebati. Masukkan pula gula. Ikut citarasa masing2 ya.
3. Goreng sehingga serunding tak basah. Gunakan api yang kecil. Sentiasa kacau ye supaya bawah tak hangus.
4. Bila dah siap, sejukkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam bekas.

HAPPY DEEPAVALI
and
ENJOY!


4 comments:

hitomi lavender said...

Nak bubuh ayam kt dlm serunding ni bleh ka abm?

i'mNOTmasterchef said...

boleh. Carik halus2 yg bahagian dada tu. jadilah serunding ayam. hihi

roxy said...

dik, ini klu mkn dengan pulut sedap...

i'mNOTmasterchef said...

yup2. Mmg sedap.
tapi x ade pulak beras pulut.