Monday, November 12, 2012

Resepi 167 : Kuih Buah Melaka @ Onde Onde

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM buat
salah satu menu kegemaran!
Akhirnya ku buat juga menu ini.
hihi


Actually semalam ade kawan post kat instagram
dia buat menu ni
ABM tanye lah sama ade dy bawak tepung pulut
tu dari Malaysia ataupon beli kat jepun ni
Dia bgtahu dia beli kat jepun ni je
Pakai tepung pulut utk buat mochi
ABM dah pernah nampak tepung ni kat supermarket
Tapi takut tak jadi pulak kalau pakai ni
Ye lah, tepung mochi tu agak mahal juga lah
Membazir pulak kan kalau tak jadi


Alhamdulillah menjadi akhirnya
Dan tak lari langsung dengan rasanya macam kat Malaysia
TErubat jugaklah rindu tu
hihi
Okeylah, ABM rujuk resepi daripada Blog Cik Siti
Tapi ade jugak sukatan yang dikurangkan sikit sebab ABM
bukan guna tepung pulut macam kat malaysia kan
MEmang mudah sangat.


BAHAN BAHAN
(lebih kurang 40 ketul bergantung pd saiz)

2 cawan tepung pulut (300g dan ABM guna もち粉)
2 sudu besar tepung gandum (ABM bubuh 3 sudu besar)
1 1/4 cawan air (ABM guna 1 cawan air)
sedikit pewarna hijau
1/2 sudu kecil perasa pandan
gula melaka secukupnya - potong kecil (ABM guna 黒砂糖)
parutan kelapa secukupnya - ABM guna yg dalam paket
sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus

CARA CARA
1. Panaskan air rebusan sementara nak buat doh buah melaka.
2. Satukan air, perasa pandan dan pewarna hijau. ketepikan. Didalam mangkuk, masukkan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan sikit demi sedikit air campuran pandan tersebut kedalamnya sehingga menjadi doh yang senang digentel.
3. Di mangkuk lain, satukan parutan kelapa, garam dan sedikit air panas. Gaul. Cik Siti guna parutan kelapa segar yang dah dikukus seketika dan digaul dengan sedikit garam. KEtepikan.
4. Bila air dah mendidih. ambik sikit adunan buah melaka dan leperkan. Masukkan gula melaka dan tutup. BEntukkan bulat. Terus masukkan didalam air yang mendidih. Masukkan sebanyak mana yg boleh. Bila sudah kelihatan ade yang dah timbul, angkat dan toskan. Golekkan diatas parutan kelapa dan letak didalam bekas yang sesuai. Buat sehingga habis. Siap!

ENJOY!

No comments: