Saturday, November 10, 2012

Resepi 165 : Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni buat kek KUKUS!
My first time rasenye update resepi guna cara kukus.
Dan hasilnya agak mengecewakan sikit
Sebabnya ABM rujuk kat blog Che Mat
dan Che mat buat nampak gebu je.
Dan ABM buat ni tak segebu che mat buat.
Hrm Hrm.


Maybe jugak sebab ABM guna bekas yang tak tinggi sangat
Dan pada lapisan terakhir tu,
ABM tak cover loyang tu dengan aluminium foil.
(sebab adunan penuh sgt pada loyang)
So, disebabkan itu, 
wap yang terkondensasi tu jatuh atas kek
So, kek tu dah tak gebu dah.
Lain kali kalau nak buat memang kene cover dengan 
aluminium foil.
Dan lagi satu masalahnya,
ABM tak perasan dapur ABM agak senget sikit
Bila lapisan pertama dah masak,
baru ABM perasan.
Sebabtu lah ade lapisan agak tebal dan 
ade pulak yg nipis sikit.
huhu


Sahabat2 ABM jugak kenelah cover loyang tu ye.
Beli loyang yang tinggi sikit.
Yang lebih kurang ketinggiannya 3 inci macam
yang che mat guna


Tapi takpelah, lagipon first time buat kek guna pengukus
Rasa kek ni tetap sedap walaupon tak segebu che mat buat
Dan lain kali mmg nak buat kek2 yg guna kaedah kukus ni.
Yelah, kata orang kalau nak mantapkan sesuatu perkara tu
kenelah istiqomah kan.

BAHAN BAHAN
(8x8x3 inci)

kek coklat
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1.2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung (ABM guna minyak sayuran)
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1/2 sudu kecil baking powder*

lapisan cheese
250g cream cheese
60g gula halus
1 biji telur 
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

CARA CARA

kek coklat
1. Satukan bahan2 bertanda (*) dan ayakkan. Ketepikan. Di mangkuk lain, pukul gula dan telur sehingga gebu. Masukkan pula vanilla esen dan garam. Pukul sebati. Masukkan pula air, minyak dan susu segar. Pukul sebati. KEmudian, masukkan sikit demi sedikit bahan ayak dan pukul sebati. BAhagikan dua bahagian sama rata dan ketepikan

lapisan cheese
1. Pukul cream cheese dan gula sehingga berkrim dan sebati. Masukkan telur, air dan tepung gandum. Pukul sebati dan ketepikan.

penyediaan
1. Panaskan air kukusan. Griskan loyang dengan butter. Jika mahu menggunakan baking paper, masukkan baking paper kedalamnya dan griskan lagi dengan butter. Masukkan separuh adunan kek coklat. Letakkan didalam pengukus dan lapik diatasnya dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit.
2. Bila dah masak, masukkan adunan cheese dan kukus selama 15 minit. Jangan lupa tutp diatas loyang dengan aluminium foil juga. (kalau tak tutup nanti tak gebu. So, jadilah macam kek ABM buat. sobsob)
3. Bila dah masak, masukkan lebihan adunan coklat tadi dan tutp dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit. Che Mat kukus di lapisan ke3 ni selama 35 minit. ABM pulak kukus selama 25 minit. KAlau nak selamat, after minit ke 20, sentiasa lah check kek anda sama ada dah masak ke tak. Biar sejuk dahulu barulah boleh keluarkan dari loyang dan potong.

p/s : sila guna api sederhana semasa mengukus

ENJOY!


4 comments:

shera haifa said...

wahh menarik.. sblum nie buat kek aje.. xpnh lg buat belapis dgn cheese nie

i'mNOTmasterchef said...

try lah buat shera.
sedap. :)

hitomi lavender said...

He.ada resipi kek..wlupun senget sikit tp xpala..nampk mcm sedap abm..harus dicuba ni.hehe

i'mNOTmasterchef said...

pastikan dapur tak senget ye time buat. HAHA