Friday, November 9, 2012

Resepi 164: Almond Soufflè au Chocolat

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Amboi nama menu hari ni
Bukan main gah lagi bunyi nya
Tapi jangan bimbang,
bahan2 yg  digunakan cukup mudah
Senang nak dapat kat supermarket
Cara nak buat pon mudah


ABM ade blogwalking kat blog Dulce Delight
Dan dia ade update pasal menu ni
Baru semalam kot dia update
ABM rasa macam mudah nak buat
So, tadi terus beli barang2 mane yang tak ade
kat dapur tu
Tapi ABM ubah sikit letak almond dalam tu.
Dan hasilnya memang cukup sedap.
Sangat gebu2 gitu
Consistency souffle ni ala2 mousse
Tapi tak secair mousse lah
Erm, susah nak explain sebenarnya dengan texture
souffle ni.
Kalau nak tahu, sila lah buat.
hihi


BAHAN BAHAN
(5 bekas ramekin saiz 8cm)

gris pada bekas
sedikit butter - di suhu bilik
1 sudu besar gula kastor

souffle
20g butter
16g tepung gandum
150ml susu segar
55g dark chocolate
55g milk chocolate
2 biji kuning telur - dipukul kejap
1 sudu kecil vanilla essence
3 biji putih telur
15g gula kastor
40g almond - dicincang.

CARA CARA

1. PAnaskan oven 190c. Kemudian, griskan didalam bekas ramekin dengan butter. Masukkan sedikit gula didalamnya dan gerakkan bekas ramekin tersebut sehingga gula menyelaputi keseluruhan bekas ramekin. Buat pada kesemua bekas. Ketepikan.
2. Untuk souffle, satukan tepung dan butter. Gunakan sudu dan sebatikan adunan sehingga berkrim. Ketepikan. Sementara itu, panaskan susu segar sehingga mendidih. Gunakan api yang perlahan dan masukkan campuran butter dan tepung tadi. Gaulkan dengan spatula sehingga pekat. Lebih kurang 2-3 minit mengacau. 
3. Masukkan chocolate dan vanilla kedalamnya dan gaul sehingga coklat betul2 sebati. MAsukkan pula kuning telur dan gaul sebati guna spatula. Pastikan tiada telur kuning yang masak (scramble eggs). MAsukkan jugak almond. Gaul sebati. Ketepikan.
4. Didalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga soft peak. Pastikan soft peak je ye. Jangan hard peak. Jika anda pukul sehingga hard peak, masa bakar, souffle akan naik berganda2. Hati2 ya. 
5. Masukkan sedikit dahulu putih telur kedalam adunan coklat dan kaup balik adunan. Bila adunan dan agak cair sikit,barulah masukkan kesemua putih telur dan kaup balik sebati. Jangan terlebih menggaul sebab nanti air bubble pada putih telur akan hilang. Bila hilang, souffle tak akan kembang.
6. MAsukkan kedalam bekas2 ramekin dan bakar selama 8-15 minit. Sentiasa tengok ye. Agak2 dah tinggi souffle tu naik, matikan oven. Siap.

p/s : Souffle tidak kekal berkeadaan mengembang camtu. Bila beberapa minit, dia akan mendak. Tapi tak menjejaskan texture souffle tu pon. Tetap gebu. ^^

ENJOY!

5 comments:

hitomi lavender said...

Teringin nak buat souffle ni..tp tgk masterchef us..salah sikit ja x mnjd ek..huhu..

i'mNOTmasterchef said...

insyaAllah ikut resepi ni jadi kot. :)

Cheq Sue said...

teringin nak buat...tapi x buat2 jugak...dok teringin je manjang... :)

i'mNOTmasterchef said...

hihi. cheq sue kn rajin. :)

faa.rosli said...

lama carik resepi ni...minta izin copy ya..