Thursday, November 8, 2012

Resepi 163 : Ayam masak Asam Pedas

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Hari ni ABM masak lauk pulak
Dah lama rasenye tak update resepi pasal lauk2 ni
YE lah, kalau makan tu pon makan yg simple2 je
masak telur ngn kicap dah jadi dah.
Malas sebenarnya nak masak lauk2 ni
hihi


Tapi, tadi mmg TERrajin nak masak ayam
TApi xde idea nak masak ape
So, search punya search singgah kat dapur Ibundo
Dapat jugak resepi ni
Tapi, ade jugak bahan2 yang tak ade ABM skip je
Tapi rasa still sedap.
Alhamdulillah jugak, Kak As ade tanam daun kesum time
dia duduk kat sini
Thanks ye kak As coz tanam daun kesum tu
hihi


SO, sesape yang nak try,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni.

BAHAN BAHAN

1/2 ekor ayam
30g asam jawa
700-800ml air
1/2 batang bunga kantan (ABM tak letak)
beberapa helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
daun kunyit - dicarik (ABM tak letak)
1 sudu besar serbuk ikan bilis
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar
15 batang cili kering (ABM rebuskan kejap sebelum kisar)
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 sudu kecil serbuk buah keras
1 batang serai
2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit belacan

CARA CARA
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak kira2 dalam 10-15 minit.
2. Masukkan ayam dan gaul sehingga ayam kecut sikit.
3. Masukkan air campuran asam jawa, bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan dan rasa. Tambah la ape2 yg kurang kedalamnya.
4. ABM tak suka sgt jenis kuah asam pedas yg pekat. Jika suka jenis yg pekat, biarkan beberapa minit sehingga kuah jadi pekat. Kalau x suka, biarkan sampai mendidih je. Then tutp api dan siap dihidang.

ENJOY!

7 comments:

hitomi lavender said...

Teringin nk mkn asam pedas,tp daun kesum pulak xdak..x bubuh krg x sedap pulak..huhu..

i'mNOTmasterchef said...

maybe rasa tu ade sikit lain lah. Tapi, kalau dah teringin sgt, ape salahnya cuba. hihi :)

hitomi lavender said...

Ha..ni nak pi cuba la ni..lapaq prut dah ni.huhu..abm,pasni buat resipi kek yg sedap2 plak. :D

Mummy Ayda said...

sedap nya asam pedas tu ada ayam lagi.... yum yum :-)D

i'mNOTmasterchef said...

[hitomi]
insyaAllah if ade masa. :)

i'mNOTmasterchef said...

[mummy]
hihi. sy mmg minat asam pedas. pasni nak buat guna ikan pulak. :)

Diana said...

Ok..sedap! :-)