Monday, November 5, 2012

Resepi 160 : Japanese Style Chicken Nuggets

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Menu hari ni agak simple
ABM buat nugget je
Malas sebenarnye nak masak
Tapi kalau tak masak
tak terupdate lah blog ni kan


Actually ABM nak buat dumplings
atau dalam bahasa jepun nye "gyoza"
Memang semalam dah fikir nak buat menu tu hari ni
Ayam cincang pon dah siap defrost
TApi, bila balik kelas je tadi,
Malas pulak nak buat gyoza tu
Ditambah pulak kene buat kulit dumpling tu homemade
Memang malas tak terkata lah
Ade je jual kulit gyoza tu
Tapi ABM jumpe sume tak halal
Ade letak alkohol dalam tu
Hrm gigit jari jelah


Fikir punya fikir
Buat jelah nugget ayam ni
Tapi bahan2 nye tetap guna bahan2 inti gyoza tu
Cuma dibuat bentuk nugget
Dan ade jugak lah bahan yg ditambah
ABM rujuk dari blog video Ochikeron
So, ABM pon memandai lah bagi nama menu ni
Kekonon ala Japanese gitu


BAHAN BAHAN
(15 ketul bergantung pada saiz)

250g daging ayam cincang
1/2 biji bawang besar - didadu kecil
1 ulas bawang putih - didadu kecil
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil japanese soy sauce
serbuk lada hitam secukupnya
3 sudu besar breadcrumbs
2 sudu besar tepung gandum

lain-lain
minyak untuk menggoreng
breadcrumbs selebihnya untuk disalut luar

CARA CARA
1. Rebuskan kobes cina sehingga lembut. Toskan dan perahkan sehingga kering. Cincang kobes halus.
2. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Bentukkan bulat dan tekankan biar leper sedikit. Golek diatas breadcrumbs sehingga bersalut keseluruhannya. Buat sehingga habis.
3. Goreng sehingga kuning keemasan. Toskan dan siap dihidang dengan sos kegemaran.

ENJOY!


No comments: