Monday, October 29, 2012

Resepi 157 : Rich Chocolate Tart

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Harini ABM TERrajin lagi nak buat dessert
Sebenarnye dah lama mengidam nak buat menu ni
Masa ABM buat Espresso Chocolate Cream pie tu
ABM dah terfikit nak ubah sikit resepi tu
Alhamdulillah harini berkesempatan
nak menderhaka resepi asal.
hihi


Dan ade jugak ABM rujuk from blog Dulce Delight
untuk resepi chocolate glaze nye tu
Tapi untuk filling ABM ambik dari resepi Espresso Chocolate tu
Yang asalnya dari blog Dailydelicious
Thanks sgt2 for the recipe!
Memang sana sini rasa chocolate!
OMG! hihi
Disebabkan ABM ade lagi buah peach dalam tin 
lebihan resepi kek semalam
so, ABM pon bubuh lah kat atas dy tu


Lagi satu yang menariknya
Resepi ni tak guna oven pon.
Just masukkan dalam fridge je.
Mudah kan?!
APe lagi, JOM try!


BAHAN BAHAN
(18cm)

Crust
148g biskut oreo (14 keping)
32g butter - dicairkan

Chocolate filling
100ml susu segar
90ml whipping cream
110g dark chocolate - dipotong kecil
15g brown sugar
20g gula kastor
13g tepung jagung
20ml air mineral
1 biji kuning telur

Chocolate glaze
55g dark chocolate - potong kecil
2 sudu besar whipping cream - (kalau still pekat, tambah lagi sikit)
1 sudu besar madu
1 sudu besar air panas

Topping optional
hirisan peach / berries

CARA CARA

Crust
1. Masukkan oreo dalam food processor dan kisar halus. Campurkan dengan butter cair dan gaul sebati. Masukkan kedalam loyang tart dan ratakan guna sudu. Better ratakan bahagian tepi dahulu. Barulah bahagian dasar tart.
2. Masukkan kedalam freezer dan biarkan selama 15 minit.

Chocolate filling.
1. Satukan kuning telur, gula perang, gula kastor, tepung jagung, air mineral. Whisk sebati. Sementara itu, satukan susu dan whipping cream didalam sauce pan dan didihkan.
2. Masukkan didihan susu tersebut kedalam adunan telur tadi, Whisk sebati. Kemudian, tuang semula adunan kedalam saucepan dan dengan api yang kecil, kacau adunan sehingga mendidih dan pekat. 
3. Bila dan pekat, tuang kedalam mangkuk dan masukkan coklat. Biarkan beberapa seminit dua. Bila coklat mula mencair sepenuhnya, barulah gaul adunan sehingga sebati. Biarkan adunan sejuk sikit sementara tunggu crust tart mengeras.
4. Tuang adunan kedalam loyang dan ratakan. Biarkan didalam peti ais selama 2-3 jam (bukan letak kat freezer tau). 

Chocolate glaze
1. Panaskan whipping cream dan masukkan kedalam coklat. Biarkan beberapa minit. Bila coklat dah mula mencair, kacau sebati. Masukkan madu dan air panas. Kacau sebati.
2. Bila tart dah mengeras, tuang glaze diatas tart. Ratakan glaze dengan hanya menggerakkan tart sahaja jika nak permukaan tart licin ( ABM punya glaze tak jadi sgt sbb agak pekat. So, susah nak mengalir. Jadi ABM ratakan je gunakan sudu. sobsob) Sejukkan didalam fride seketika sebelum letakkan topping buah dan sebelum memotong.

ENJOY!

5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

aduhhhh!!! sedapnya.....x menahan tgk panahan cekelat tu.....

i'mNOTmasterchef said...

bila dah makan,
memang kene panah abes abesan ni.
haha

Iman Wildan said...

*drooling*...=P

i'mNOTmasterchef said...

hihihi :D

Sweet Chocolate said...

Yummy.....So licious