Sunday, October 28, 2012

Resepi 156 : Vanilla Chocolate Cake with Peach Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Selamat Hari Raya AidilAdha
kepada seluruh umat islam
Khasnya buat tetamu2 blog ABM ni
Harap masih available lagi lah ucapan ni
Walaupon terlewat sikit



Actually, hari ni ade sambutan Aidiladha
kat sini
Kami yang di perantauan ni
nak jugak lah rasa suasana hari raya tu
(walaupon tak rasa sgt)
Dan ramai antara kami ni
yang pakai baju kurung dan baju melayu
Memang rasa macam kat Malaysia lah
Walaupon kat sini dah sejuk.


ABM pon tak bawak tangan kosong
Agak rajin nak buat kek ni
Tapi kek ni sbnarnya idea campur2
Rujuk kat resepi2 kat blog ABM yg lama.
Cuma cara susunan kek tu ABM dapat idea dari blog Kak Ita
Kasi lebih menarik lagi lah. hihi
Alhamdulillah licin jugak kek ni
Memang banyak menu hari ni
Ada Nasi lemak, Mee kari, Roti jala, Cek mek molek
Tak ketinggalan ade jugak lah rakan2 yg bawak buah tangan jugak
Ade puding trifle, coklat muffin, kek chiffon horlicks, kuih ako,
homemade chicken nuggets.
Memang nak pecah perut makan tadi.
Alhamdulillah


BAHAN BAHAN
(18cm)

Vanilla sponge cake
2 biji telur
60g gula kastor
60g tepung kek/tepung gandum - ayak
20g butter- dicairkan
2 sudu kecil vanilla essence

Chocolate sponge cake
2 biji telur
60g gula kastor
60g tepung kek/tepung gandum - ayak
1 sudu besar serbuk koko - ayak
20g butter
1 sudu kecil vanilla essence

Peach cream cheese frosting
400ml whipping cream
150g cream cheese - dilembutkan
30g gula kastor
4-5 sudu besar condense milk - kemanisan ikot citarasa
hirisan buah peach - hiris nipis (ABM guna dalam tin)

CARA CARA

vanilla sponge cake
1. Panaskan oven 170c.
2. Whiskkan telur didalam mangkuk besi/kaca dan masukkan gula. Ambil 1 mangkuk air panas dan letakkan mangkuk yang berisi telur dan gula tadi diatasnya. Whiskkan sampai gula larut. Bila telur tu dan start suam2, angkat daripada air panas. Guna elektrik whisk dan whisk hingga kembang.
3. Masukkan tepung sikit demi sikit dan kaup balik adunan. Jangan terlalu ganas mengaup. Kemudian, masukkan butter dan vanilla essence. Kaup balik adunan tadi sehingga sebati.
4. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 23-25 minit. Bila dah siap, biarkan sejuk kejap. Keluarkan kek daripada loyang dan wrapkan dengan plastic wrap dan masukkan kedalam peti ais selama 2 jam sebelum dibelah dua.

Chocolate sponge cake
(sama saja caranya dengan diatas. Cuma, masukkan tepung tadi bersama2 dengan serbuk koko sedikit demi sedikit)

Cream cheese frosting
1. Putarkan whipping cream dan gula sehingga hampir kental (tapi still berair lagi). Didalam stage ni, masukkan cream cheese dan condense milk. Putar sehingga betul2 menjadi krim. Jangan terlebih putar pulak ye. Siap dan ketepikan.
(sila buat cream ni semasa kek dah betul2 sejuk dan dah siap dipotong)

Penyediaan.
1. ABM buat dalam kek tu macam kek Kak Ita buat. Sgt menarik bila dipotong dalamnya.
2. Diatas lapisan pertama, letakkan cream cheese frosting. Ratakan. Kemudian, susun hirisan buah peach diatasnya. Buat cara yang sama sehingga lapisan keempat. 
3. Cover keseluruhan kek dgn frosting dan hias luaran ikot citarasa.

ENJOY!

No comments: