Thursday, October 25, 2012

Resepi 155 : Simple Burrito with asian touch

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Sedar tak sedar esok dah hari raya haji
Buat saudara mara dan sahabat handai
yang dapat sambut hari raya haji ni,
ingt2 lah sikit kat orang yg tak dapat beraya ni
Memang tak rasa nak raya langsung
Dengan kelas dan experiment esok hari
hadoi.


Okeylah, hari ni ABM buat simple burrito
dan ABm rujuk resepi dari blog video sorted
Sangat mudah dan cepat nak buat
Sesuai utk breakfast
Tapi ABM makan ni time iftar hari ni
Malas nak masak
Lagipon bahan2 yg digunakan bnyk yg ada dalam fridge
So, buat jelah menu ni harini


ABM buat separuh daripada resepi asal
Tapi ABM rasa bnyk jugak dapat
Sebabnya ABM guna roti tortilla yg saiz kecil sikit
Kalau tgk video tu dia guna yg saiz besar
So, sesape yg nak buat ikut adunan dibawah ni,
akan dapat 2-3 bungkus burrito kalau pakai yg saiz tortilla besar
Kalau saiz kecil boleh dapat 4-5 bungkus burrito
ABM jugak tak guna sosej
Tapi ABM guna boneless chicken yg diperap
dengan bahan2 asian


BAHAN BAHAN

perapan ayam
1 keping daging ayam boneless - dipotong dadu
1 sudu kecil rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam dan serbuk lada hitam
1/2 sudu besar ketumbar biji - ditumbuk halus

bahan lain
Roti tortilla secukupnya
sedikit minyak masak
1/2 biji capsicum merah - dihiris dadu kecil
1/2 biji bawang besar - dihiris dadu kecil
3 biji telur
1/4 cawan whipping cream / double cream
garam dan sedikit lada hitam
beberapa biji cherry tomato - ABM tak letak
1 biji avocado - didadu kecil
beberapa keping cheese - ikut brape biji yg boleh buat
lettuce secukupnya
sour cream / chili sauce sebagai bahan cicah

CARA CARA
1. Didalam kuali, masukkan sedikit minyak. Kemudian, goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan biarkan.
2. Satukan telur dan cream. Masukkan juga garam dan lada hitam sedikit. Kacau sebati. Didalam kuali yg sama tapi dah dibersihkan, masukkan capsicum dan bawang besar. Tumis sehingga agak layu dan naik bau. Kemudian, masukkan pula bancuhan krim dan telur tadi. Kacau sehingga menjadi scramble egg. Tutp api dan biarkan seketika.
3. Panaskan roti tortilla menggunakan microwave lebih kurang 10 saat.
4. Alas roti tortilla dengan aluminium foil utk wrapkan nya. Diatas roti tortilla, letakkan lettuce, cheese, tomato, avocado, scramble egg dan ayam tadi. Gulungkan dan wrapkan dengan aluminium foil dengan ketat. Buat sehingga habis. Potong dua dan siap dihidang.

ENJOY!

13 comments:

Iman Wildan said...

kenapa layout berubah? plain je..x seronoknye tgok..mne pegi layout comel sebelum ni?

i'mNOTmasterchef said...

saje je ubah angin.
hihi
tapi mmg x seronok ke bace bila background putih?

Mummy Ayda said...

terperanjat mummyda, ingat tersalah masok rumah.... hehehe, Salam anakda, sedap nye Burrito ni, nak minta segulong boleh...... hehehe Selamat Hari Raya Aidil Adha.... :-)D

i'mNOTmasterchef said...

hihi. bagi blog nampak dewasa sikit.
:D haha

boleh je mummy. hihi~

selamat hari raya jugak mummy. kalau makan rendang tu ingat2 lah orng kat sini. :)

Iman Wildan said...

x seronok sangat2..dia rasa cm dull sebab food are supposed to be cheerful.. tukarla balik abm..i love ur previous background..or make it something different by using other colors? please no monochrome..saya silent reader blog ni dr awal lg blog nie ade..hr2 tgok ade update baru tak..makanan dh sedap, tp selera hilang bila tgok plain sgt..T_T

i'mNOTmasterchef said...

owh. thanks for the comment. nnt ABM tukar balik. :)

i'mNOTmasterchef said...
This comment has been removed by the author.
Iman Wildan said...

yes..gembira!~ keep up ur great work..sgt kagum lelaki rajin masak sedap2 =)

i'mNOTmasterchef said...

thanks for the support! :)
insyaAllah akan ade bnyk lagi resepi2 yg menarik.
^^

Manan Qayyim said...

Burrito? first time dengar... makan jepun ye?

My recent post : #8 Idea Menulis Blog

i'mNOTmasterchef said...

bukan.
burrito ni mknan mexico rasenye
kalau x silap lah.
:)

mia syaza mansor said...

Thanks share . Btw mia dah try resepi burrito ni this morning . hihi .

Ikhwan Azman said...

Hii. Salem.. Kat mana nak cari roti tortilla?