Tuesday, October 23, 2012

Resepi 153 : Nasi Impit Kuah Kacang dan Rendang daging

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Amboi, menu hari ni mcm menu raya lah pulak
Memandangkan hari jumaat ni hari raya haji
Ambik lah sikit mood raya tu
(walaupon hari jumaat tu ade kelas+lab experiment. sobsob)


Masa buat menu ni
memang teringat kat kampung halaman
Mcam nak ambik flight je this week
sambut hari raya haji kat rumah
Tapi, apakan daya.


Okeylah, Untuk menu ni ABM rujuk beberapa
blog lah utk hasilkan satu hidangan ni
Untuk rendang tu ABM rujuk ikot resepi
yg ABM dah penah buat aritu
Cumanya, utk cara2 tu
ABM rujuk kat blog che mat
Sebabnya ABM baru beli pressure cooker
So, ikotlah cara che mat sbb che mat guna periuk tu jugak
Maklumlah first time guna
Dan ada jugak yg bahan2 ABM tambah sikit
tgk2 jugak resepi rendang daging che mat tu


Utk resepi kuah kacang
ABM ikot resepi che mat
Memang blog che mat banyak berjasa lah
kat dalam menu hari ni
Thanks ye che mat


BAHAN BAHAN

Nasi impit secukupnya (ABM guna nasi impit jenama Adabi)

Kuah Kacang
1 1/2 cawan kacang tanah
2 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili kering kisar
jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa (ABM guna gula merah+gula perang)
2 cawan air (Guna 1 1/2 cawan pon ok)

bahan kisar halus
1 sudu besar udang kering - direndam 10 minit dan toskan
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil jintan manis
5 biji bawang merah (ABM guna 1 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 batang serai - dihiris kecil seblm dikisar
air secukupnya

Rendang Daging
500g-600g daging lembu - dihiris
100ml santan pekat
150 santan cair
5 sudu besar minyak masak
1/2 sudu makan kerisik
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa (ABM guna guna melaka+gula perang)
2 batang serai - diketuk

bahan kisar halus
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
4 1/2 sudu besar rempah rendang
1 inci lengkuas
air secukupnya

CARA CARA

Nasi impit
1. Baca pada arahan dibelakang bungkusan.

Kuah Kacang
1. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga perang dan rangup. Sejukkan dan ramas kacang sehingga kulit luaran kacang tertanggal. Kemudian, masukkan kdalam food processor dan kisar tapi jgn halus sgt.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan minyak dan cili kisar. Tumis sehingga garing. Kemudian, masukkan bahan kisar halus dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan kacang dan air. kacau sebati
3. Bila dah mendidih, tambahkan jus asam jawa. Masukkan juga garam dan gula. Ikut citarasa. Bila kuah dah agak pekat, matikan api dan siap dihidang. Tak perlu pekat sangat sebab bila sejuk nnt kuah tu pekat sendiri. 

Rendang daging
1. Masukkan minyak didalam pressure cooker dan masukkan serai, cili kisar dan bahan kisar halus. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan daging dan gaul rata. Biarkan daging kecut sikit. Tuang pula santan cair dan sedikit garam. Tutup periuk dan setting dengan tekanan tinggi (bergantung pada jenis PC anda). Bila periuk dan mula bunyi berdesir, kecilkan api dan masak selama 15 minit (ABM tambah lagi 5-10 minit kasi daging lagi empuk). Kemudian, matikan api dan angkat perssure cooker anda ke sinki dan lalukan air diatasnya sehingga wap sudah tiada.
3. Buka periuk dan alihkan kesemuanya kedalam kuali utk keringkan airnya. Sebabnya permukaan kuali lagi besar. So, lagi cepat proses penyejatan. Tambah santan pekat, kerisik, gula melaka,garam dan asam gelugur. Kacau sebati dan masak sehingga kering. (ABM tak suka kering sangat sebab tu ABM buat berkuah sikit). Ikot citarasa masing2 lah nak kering ke tak. Jika semua dah ok, matikan api dan siap utk dihidang bersama kuah kacang dan nasi impit.

ENJOY!

2 comments:

hitomi lavender said...

Rajin sngguh abm masak..he..nnti nak oder ley x?hehe

i'mNOTmasterchef said...

hihi
kalau dah bukak kedai nnt boleh la order. :D