Tuesday, October 23, 2012

Resepi 152 : Pistachio Persimmon Cupcakes

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Semalam ABM ade buat cupcakes ni
Tapi tak sempat nak update sbb sgt malas semalam
haha


Actually skrng tengah musim persimmon.
So, nak cari idea menu ape yg sesuai kalau
pakai persimmon ni
Cari punya cari
Terjumpa blog ni
So, try lah buat ikot resepi tu
Tapi tak 100% lah ABM ikot
Ni pon menu percubaan
So, ABM buat dgn jumlah yg sikit
Nak try rasa dulu camne hasilnya nnt
Yg ABM akan taip resepi dibawah ni adelah rasepi asal
So, sesape yg nak buat sikit tu,
boleh lah alter resepi dibawah


Dalam resepi tu ade masukkan spices jugaklah
So, ade lah rasa nutmeg ngn cinnamon
not bad
Okeylah utk buat minum petang
So, sesape yg nak try tu
boleh lah buat


BAHAN BAHAN
(18 cupcakes)

Diayak
260g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cinnamon powder
1/2 sudu kecil serbuk halia (ABM tak letak)
1/4 sudu kecil nutmeg

225g unsalted butter
165g gula kastor (boleh kurangkan sikit ikot citarasa)
165g gula perang 
1 biji telur
1 cawan persimmon puree
2 sudu besar orange juice (ABM guna lemon)
pistachio secukupnya - dicincang kasar

CARA CARA
1. Panaskan oven 175c
2. Putarkan butter dan gula sehingga kembang
3. Masukkan telur dan putarkan sebati
4. Masukkan 1/3 bahan ayak dan putarkan. Kemudian masukkan 1/2 persimmon puree dan putar sebati. Buatlah sehingga habis. Masukkan pula orange juice/lemon juice. Putar sehingga sebati.
5. Masukkan pistachio dan kacau sebati.
6. Masukkan adunan kedalam kertas cawan 2/3 penuh dan bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan dahulu sebelum dihidang,

ENJOY!

4 comments:

Anonymous said...

ni ade lg x lep?nk3

i'mNOTmasterchef said...

ahaha. not available dah. :D

hitomi lavender said...

Abm,klu masak pkai mikrowave xley ka?aritu try masak biskut arab buh dlm mikrowave ley dia pi hngit kat tgh.huhu.sedey..

i'mNOTmasterchef said...

tak bole kat microwave rasenye.

yup2. kalau pakai microwave if buat biskut, jika lama sgt akan hangit kat dalam.
erm, nnt ABM akn cuba buat resepi yg guna microwave.
:)