Thursday, October 18, 2012

Resepi 151 : Chocolate Espresso Cream Pie

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hai hai,
Berjumpe lagi kat blog ABM kali ni
Sehat semua?
Hopefully sehat2 belaka lah.
Dengar cerita kat Malaysia asyik hujan je kan?
Make sure tak main hujan la eh
Nanti sakit susah pulak  nak buat kerja kan


Okeylah,
Kali ni ABM nak kongsi satu resepi yg simple
Tapi sedap.
Tak payah nak bukak oven pon utk buat dessert ni
So, sesape yg xde oven tu,
Tak payah risau lah.
Elektrik pon jimaat kan
hihi


ABM dapat resepi ni dari blog dailydelicious
Tapi resepi asal ade campurkan alcohol
Tapi,ABM ubah campurkan espresso
hihi
Sorry lah ye terderhaka sikit resepi ni


Jom tgk bahan2 ape yg diigunakan 
utk buat menu dessert yang
simple sedap dan mewah ni


BAHAN BAHAN
18cm

crust
137g biskut oreo
30g mentega yg dicairkan

chocolate espresso filling
100ml susu segar
65ml whipping cream
100g dark chocolate - dihancurkan
15g brown sugar
20g gula kastor
10g tepung jagung
20ml espresso
1 biji kuning telur

topping
175ml whipping cream (kalau x suka sgt cream, kurangkan)
45g plain yogurt (kurangkan sikit jika kurangkan whipping cream)
20g icing sugar (kurangkan sikit jika kurangkan whipping cream)

hiasan
potongan chocolate
sedikit cocoa powder

CARA CARA

crust
1. Masukkan biskut kedalam food processor dan kisar halus. Kemudian, masukkan kedalam bekas dan gaul sekali dengan mentega sehingga sebati. Masukkan kedalam loyang pie dan ratakan keseluruhan loyang. ABM cadangkan ratakan dibahagian tepi loyang pie dulu. Kemudian, barulah dibahagian dasarnya.
2. Letakkan didalam peti ais sekurang2nya 30 minit sebelum meletakkan filling didalamnya.

filling
1. Whisk kan telur kuning, espresso, tepung jagung, brown sugar, dan gula kastor sehingga sebati. Ketepikan
2. Sementara itu, didihkan susu dan whipping cream didalam saucepan. Bila dah didih, masukkan susu kedalam campuran espresso tadi dan whisk kan sebati.
3. Bila dah sebati, masukkan semula kedalam saucepan dan masak sehingga didih dan pekat. Pastikan sentiasa kacau adunan. Matikan api dan masukkan dark chocolate kedalamnya. Kacau sehingga sebati. Biarkan adunan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam loyang.
4. Bila adunan dan sejuk sikit, ambil oreo pie crust didalam peti ais tadi dan tuang adunan diatasnya. Ratakan dan masukkan semula kedalam peti ais sekurang2nya 3 jam atau adunan coklat tadi mengeras.


topping
1. Putarkan whipping cream, plain yogurt dan gula icing didalam satu mangkuk. Putar sehingga soft peak. Sudukan cream diatas filling coklat yang dah mengeras tadi. Nak masukkan dalam piping bag then paipkan diatas filling tadi pon boleh. Taburkan potongan coklat dan cocoa powder diatasnya sebagai hiasan.

ENJOY!


2 comments:

Tali Kecapi said...

sedapnye.... lagi2 kalau sejuk....


My recent post : Salam Perkenalan dari Tali Kecapi

Sweet Chocolate said...

Tq ABM,mesti sedap ni gabungan oreo crust n juga espresso,must try.