Sunday, October 14, 2012

Resepi 150 : Ayam masak Kurma

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Memandangkan dah start busy ni
ABM pon malas lah nk tulis panjang2
So, kalau ABM ade terskip satu hari
update pasal resepi ni
ABM mintak maaf lah ye
Maklumlah
Blaja engineering tapi buat blog pasal resepi2 ni
Memang janggal bunyinya
Kalau blaja kulinary ke
Memang hari2 lah ABM update menu best2
haha


Tapi, hari ni kan hari minggu
So, rajin lah sikit
ABM buat agak bnyk gak lah.
Macam boleh makan utk 2-3 hari camtu
utk seorang makan
Sebabnya, bila dah busy, malas nak masak
Jadinya masak sekali bnyk
utk stok hari esoknya
Tapi, kalau masak dessert tu lain sikit
Sebabnya ABM lagi suka masak dessert drpd masak
main course hihi


Okeylah resepi menu harini
ABM alter daripada menu Daging masak Kurma Che Mat
Thanks ye cik mat dgn resepi tu
Tapi, ABM separuhkan bahan2 yg digunakan
dan ade juga bahan2 yg ABM tak ade
ABM skip je
Alhamdulillah still menjadi.

BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

1/2 bahagian ayam - dipotong
2 biji kentang - dipotong dadu dan direndam
2 biji cili hijau - dipotong memanjang tp tak putus (ABM tak letak cili merah)
1 biji tomato - dicincang (ABM ganti dgn sos tomato)
2 sudu besar rempah kurma
250ml santan
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil gula melaka (dkt jepun ABM guna "kurosatou")
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
air secukupnya
1 sudu besar minyak masak

dikisar halus
1/2 biji bawang besar/holland
1 biji buah keras - ABM tak letak
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

bahan tumis
3/4 biji bawang holland/besar - dihiris halus
1 tangkai daun  kari (ABM ganti dgn sedikit serbuk kari)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu teh jintan manis


CARA CARA
1. Didalam periuk, masukkan minyak masak dan minyak sapi. Apabila minyak sapi dah cair, masukkan bahan2 tumis dan tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau.
2. Masukkan tomato dan rempah kurma dan kacau sehingga garing. Masukkan ayam dan ratakan dengan rempah dan biarkan sehingga ayam kecut sedikit. Tuang air secukupnya dan kentang. Kacau sehingga mendidih. Bila kentang dah separuh empuk, masukkan santan, lada hitam, kerisik dan kacau sebati. 
3. Biarkan sehingga ayam masak dan kentang empuk. Kemudian masukkan lada hijau/merah. Perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau dan bila rasa sudah ok, matikan api dan siap dihidang!

ENJOY!






2 comments:

hitomi lavender said...

Selalu wat kurma telur ja abm,ni leh la try wat kurma ayam abm pulak.he..

i'mNOTmasterchef said...

boleh sgt.
silakann. :)