Thursday, October 11, 2012

Resepi 149 : Ikan Bakar Air Asam

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Menu hari ni cukup istimewa
Sebabnya cara nak buat cukup mudah
Tapi rasanya sangat mewah!
Tak percaya?
Kenalah cuba!


Selalunya kalau buat ikan bakar
ade kepala ikannye sekali kan?
Tapi, kat supermarket tadi ikan ni xde yg belum siang
Semua dah siap siang dibuang kepala sekali
Tak de pilihan lain,
beli jelah.
Kalau tak kempunan tak dapat makan
ikan bakar ni


Kalau ABM balik malaysia
mesti mak buatkan menu ni
Sangat sedap!
KAlau ABM makan menu ni
Tak payah ade lauk lain.
Cukup dengan nasi putih
Memang sedap!

Resepi ni ABM rujuk kat blog potret kasih
Thanks ye for the recipe
sangat sedap!


BAHAN BAHAN
(2-3 orang)

ikan bakar
2 ekor ikan kembung (Kat jepun ni guna ikan "Aji")
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
2 keping daun lengkuas/pandan (ABM guna aluminium foil je)

air asam
1/2 biji bawang kuning/besar - didadu
3 biji tomato cherry - dipotong 4 setiap satu
200ml air masak
5 biji lada hijau saiz kecil (nak guna cili padi pon boleh)
1/2 genggam asam jawa
1/2 sudu gula (atau ikot citarasa)
sedikit garam
sedikit belacan dibakar - jika suka

CARA CARA

ikan bakar
1. Setelah ikan disiang, lumurkan dengan serbuk kunyit, garam dengan sebati. Balut dengan daun lengkuas/pandan/aluminium foil. (Kalau guna aluminium foil, pastikan sapukan minyak padanya sebelum bungkus ikan).
2. Panggang diatas non-stick pan sehingga masak dikedua2 belah ikan dengan api yg sederhana.

air asam
1. Satukan air masak dan asam jawa. Tapiskan.
2. Didalam air asam jawa yg ditapis itu, masukkan kesemua bahan lain dan kacau sebati. Jika kurang sana sini, adjust ikot citarasa. Siap. Boleh dihidang bersama ikan. ABM sertakan sekali hirisan timun sebagai ulam.

ENJOY!



4 comments:

Asyifa Mustaffa said...

menu paling senang bila dah x tau nak masak apa....hehe...
makan ngan nasi panas2 laju jer menyuap nie....sedap2...:)

i'mNOTmasterchef said...

kan2.
makan dengan nasi putih panas memang mengancam! :D

miss aini said...

nampak sedap..sy nak minak resepi ye..

nida said...

Lama x mkn ikan cicah air asm,.sdapnye