Wednesday, October 10, 2012

Resepi 148 : Chocolate Mousse Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Terlebih dahulu ABM mintak maaf sgt2
sbb dah lame tak update blog
Bukannye ape, ABM beberapa hari lepas
diserang demam, selsema, sakit tekak
Memang pakej skali!


Tapi Alhamdulillah dah beransur pulih.
Sekarang ni pon tinggal selsema je yg belum baik
Tapi, overall dah ok dah.
syukur.


Okeylah, hari ni ABM buat satu dessert yg agak mudah
Tapi bnyk cara yg digunakan
Sebabnya dalam satu kek
ade lapisan sponge cake, mousse 
dan diluarnya ABM letak cheese frosting
Alhamdulillah menjadi
dan sedap (hihi)


Sebenarnya ABM takdelah ambik resepi ni
dalam satu blog.
Tapi, ABM gabungkan resepi yg 
ABM dah buat dan jadikan satu resepi.
Sebelum ni ABM penah buat chocolate shortcake
yg asalnya ABM ambil dari blog video ochikeron
Dan resepi chocolate mousse ni
resepi asalnya dari blog video chef john
So, Jadilah kek ABM buat ni.
hihi


BAHAN BAHAN
(18cm)

chocolate sponge cake
2 biji telur - disuhu bilik
60g gula halus
60g tepung kek/gandum (ABM guna tepung superfine) - diayak
20g butter - dicairkan
2 sudu kecil chocolate emulco / serbuk koko


chocolate mousse
50g dark chocolate
1/2 sudu besar butter
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu segar
2 sudu kecil gula
1 sudu besar mascarpone cheese (ABM guna creamcheese je)
2/4 cawan whipping cream


cream cheese frosting
60g cream cheese (dilembutkan)
150ml whipping cream
2 1/2 sudu besar gula kastor

CARA CARA

chocolate sponge cake
Panaskan oven 170c
1. Whisk kan telur seketika didalam mangkuk besi. Kemudian, masukkan gula dan diletakkan mangkuk besi tersebut dibawahnya air panas. Sambil itu whisk kan sehingga gula larut. Apabila suhu telur tersebut agak panas (mcm suhu badan), angkat dan putarkan guna electric whisk sehingga gebu dan kembang.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. (aku bahagikan 3 bahagian). Gunakan wire whisk tadi dan kacau berhati2. Jangan terlalu kuat mengacau. 
4. Gunakan spatula, masukkan butter dan coklat emulco sedikit demi sedikit dan kacau dengan cara kaup balik. Kacau jangan terlalu kuat. Perlahan sahaja.
5. Letakkan adunan didalam loyang. Kemudian, hentakkan sedikit loyang tersebut untuk mengerluarkan udara didalam adunan.
6. Bakar dalam masa 25 minit atau sehingga masak. 
7. Setelah masak, sejukkan seketika. Kemudian, wrap kan kek tadi dan simpan didalam peti ais selama lebih kurang 2 jam atau sehingga kek mudah dipotong. (ABM simpan semalaman. Mmg senang nak potong utk bahagikan 2 bahagian)

chocolate mousse
1. Didalam mangkuk besi/kaca, menggunakan double boiler,masukkan butter, susu segar dan chocolate kedalamnya. Biarkan 2-3 minit. Bila chocolate dah cair, barulah dipukul sebati. Angkat dan ketepikan.
2. Didalam mangkuk besi/kaca yang lain, masukkan gula dan kuning telur. Gunakan kaedah double boiler jugak (Chef John guna kaedah direct heat) dan whisk kan sehingga kuning telur menjadi pucat dan gebu. Kene sentiasa whisk supaya telur tak menjadi berketul2. BIla dah kembang dan likat, angkat dan campurkan kedalam adunan coklat tadi. Whisk kan sebati. Ketepikan sehingga sejuk. (ABM buat rendamkan mangkuk tersebut dengan air sejuk dibawahnya utk cepatkan prosess).
3. Didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream (yg baru dikeluarkan dari peti ais) dan pukul sehingga kental. Jangan over-whisk sebab nanti whipping cream akan berketul. Just nice je ye.
4. Masukkan separuh cream kedalam adunan coklat tadi dan kaup balik adunan sehingga sebati. Masukkan lebihan cream tadi dan kaup balik lagi sehingga sebati. Masukkan kedalam piping bag.

*p/s : pastikan kek sudah betul2 sejuk dan dipotong 2 dahulu barulah memulakan proses membuat chocolate mousse dan cream cheese frosting

cream cheese frosting
1. Putar whipping cream dan gula sehingga kental (jgn terlalu lama pukul, nnti krim akan berketul). Masukkan cream cheese dan kaup balik adunan sehingga sebati. 

Penyediaan
1. Masukkan lapisan kek pertama didalam loyang kek semula. Kemudian diatasnya, paipkan chocolate mousse memenuhi keseluruhan kek. Kemudian, lapikkan dengan lapisan kedua. Wrapkan dan sejukkan seketika supaya mousse benar2 sudah set. Dalam 20 minit camtu.
2. Kemudian, keluarkan kek dari loyang semula dan lapikkan keseluruhan kek dengan cream cheese frosting. Decorate ikot kreativiti anda. Setelah siap, saya taburkan cocoa powder diatasnya. Sejukkan seketika sebelum dipotong. 

ENJOY!

No comments: