Monday, October 1, 2012

Resepi 146 : Banapple Fritters with Orange dipping Sauce

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Kelas hari ni berjalan dengan lancar
Semangat lah kan hari 1st kelas
Tapi, terkadang tu,
menguap jugaklah kat dalam kelas tu
HAHA
Pepaham jelahkan kenapa selalu student menguap.
hihi


Okeylah, hari ni ABM buat dessert aka minum petang yg agak simple
ABM pon tak tahu nak kategorikan menu ni sbgai ape.
Adekah Appetizer? Dessert?
Tak pasti.
Tapi, ABM masukkan dalam golongan dessert lah.
Lagipon, menu ni ade sweet2 dy kan.
Nama Banapple tu pon ABM yg reka
sebabnya ABM guna Banana dengan Apple
Tapi, kalau nak guna salah satu je pon boleh.


Utk resepi ni, ABM dapat idea daripada kawan ABM 
yg sama2 belajar kat jepun ni.
Mase bulan puasa aritu,
dia ade buat menu ni.
Dan dy kate sedap gila.
So, ABM pon buatlah menu ni.
Memang sedap!
Tapi, ABM buat orange sauce
sebagai bahan cicah.


Alasan kenapa ABM buat orange sauce ni
adelah, ABM rase Banapple Fritter ni sweet
so, nak dibalance kan rasenye
ABM nak buat 1 sauce yg agak masam sikit
So, ABM buatlah orange sauce
ABM buat orange sauce ni pon just ikot suka je sukatannya
hihi


BAHAN BAHAN
(12 ketul)

Banapple Fritters
Kulit popiah secukupnya
3 biji pisang (tak masak sgt, tak muda sgt) - didadu
1 biji buah epal fuji - didadu
1 sudu besar serbuk kayu manis (ikot citarasalah nk sikit ke bnyk)
2 1/2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil jus lemon
air/telur sebagai gam
Minyak untuk menggoreng

Orange Sauce
250ml jus oren (ABM guna 2 biji oren saiz besar) - ditapis
150ml air panas
1 sudu besar cornstarch
2 1/2 sudu besar gula (ikot citarasa)
secubit garam

CARA CARA

Banapple Fritters
1. Satukan pisang dan epal kedalam mangkuk dan masukkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula gula perang dan serbuk kayu manis dan gaul sebati.
2. Ambil satu keping kulit popiah dan sudukan epal dan pisang kedalamnya. Jangan bnyk sgt. Gulungkan seperti gulung popiah biasa. Di hujungnya, sapukan air/telur sebagai gam. Buat sehingga habis.
3. Didalam kuali masukkan minyak secukupnya. Gunakan api perlahan. Bila minyak dah panas, masukkan gulungan fritters tersebut dan goreng sehingga keperangan. Goreng sehingga habis.

Orange Sauce
1. Didalam saucepan, masukkan air panas, gula, garam dan cornstarch. Kacau sehingga tiada ketulan corntarch. Kemudian, masukkan jus oren kedalamnya dan kacau sehingga menjadi pekat. Kepekatan tu terserah pada anda. Nak light je ke or hard consistency. Bila dan siap sejukkan didalam peti ais sebelum dihidang.

ENJOY!

2 comments:

hitomi lavender said...

Wah..popia buah buahan.sedap..

i'mNOTmasterchef said...

mudah dan sedap. :)