Sunday, September 30, 2012

Resepi 145 : Ayam Rendang

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Alhamdulillah esok dah mula semester baru.
Semangat belajar pon kene baru jugak.
Syukur jugak sebab utk sem ni kelas agak sikit.
Utk sem ni jelah.
Tapi the next sem kelas mcm bnyk jugaklah.
Ape2 pon,
ganbarimasu utk sem 4 ni.
Fighting!


Okeylah, hari ni ABM masak menu ni.
Teringat lah pulak kat rendang mak.
Tapi, ABM buat dgn cara mudah.
Sebabnya ABM guna serbuk rendang Adabi.
Since dah bawak dari Malaysia serbuk rendang tu,
malas lah pulak nak buat serbuk rendang from the scratch.
Gunakan kemudahan yang ada sebaiknya.
hihi


Sesape buat kawan2 yg tak bawak serbuk rendang ni,
mintak maaf la ye.
Tapi, boleh je search from google resepi ni.
Sebab buat serbuk rendang ni pon from serbuk kari.
As long as korang bawak rempah ratus tu,
masuk dalam blender,
Jadilah serbuk rendang.


ABM dapat resepi from blog What I Have Cooked
Thanks ye for the recipe.
Tapi, ABM takdelah ikot 100% kat blog tu.
Sebabnya ABM buat utk makan sikit je.
Sukatan nye pon dikurangkan.
Dan ade gak bahan yg ABM tak ade ABM tak letak.
Tapi tetap menjadi.
Rasenye jugak sedap.
Wah, puji diri pulak ye.
hihi
Okeylah, sesape yg nak buat,
bolehlah try ye.


BAHAN BAHAN
(3-5 orang)

5-8 ketul ayam
100ml santan pekat
5 sudu besar minyak masak
1/2 sudu makan kerisik - ABM beli yg dah siap
sedikit air asam jawa
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa (guna gula melaka/gula perang lagi ok)
1 batang serai - diketuk

dikisar halus
2 ulas bawang putih
1 biji bawang kuning (holland)/ bawang besar
1/2 batang serai 
1/2 inci halia
4 1/2 sudu besar serbuk rendang
1 inci lengkuas
air secukupnya

CARA CARA
1. Tuangkan minyak didalam periuk dan bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar. masukkan juga serai yg diketuk. Kacau sehingga naik bau dan pecah minyak. Pastikan sentiasa kacau supaya rempah tidak berkerak dan hangit dibawah.
2. Masukkan ayam, santan, kerisik, air asam jawa, dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih diatas api yg perlahan sampai pekat. Perasakan dengan garam dan gula ikot citarasa masing2.
3. Siap dihidang! ditabur atasnya dengan bawang goreng jika suka.

ENJOY!

2 comments:

hitomi lavender said...

Bleh cuba rendang ABM ni..sedap ja rupanya ni.he..

i'mNOTmasterchef said...

sedapp! ABM pon nak buat lagi nnt. hihi