Saturday, September 29, 2012

Resepi 144 : Blended Pineapple Cupcakes

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Semalam ABM buat cupcakes ni
Sebab tadi hari ni tadi ade pegi tengok bunga cosmos kat sini
So, bawaklah bekal sikit ke sane.


ABM dapat resepi daripada kak ita
Tapi ABM kurangkan adunan sebabnya
ABM rasa kalau ikot adunan kak ita tu dapat banyak.
So, ABM kurangkanlah sikit.


Cupcakes ni mudah nak buat.
Tak susah sebab semua bahan2 just masukkan dalam blender je.
Pastu gaul sebati ngn tepung.
Mudah kan?
Namanya pon pineapple cupcakes kan.
Mestilah rasa pineapple.
hihi

inilah bunga cosmos tu. Salah satunya warna oren. 

So, sesape yg nak try tu,
bolehlah rujuk resepi kak ita yg saya dah ubah suai adunannya ni.
Hopefully kak ita tak marah sebab ubah sukatan nya
Cumanya tadi ABM rasa agak manis sikit cupcakenya tu.
So, ABM akan alter sukatan bahagian gula yg digunakan.


BAHAN BAHAN
(12 cupcakes)

4 keping nenas gelang dalam tin
2/3 cawan minyak sayuran
2/3 cawan gula halus
 (Bila dah siap, rasa adunan. Kalau kurang manis bg anda, tambah 1/3 cawan gula lagi)
2 biji telur
sedikit perasa nenas *optional*
1 1/3 cawan tepung gandum - diayak
2/3 sudu besar baking powder - diayak

Cream Cheese Frosting
125g cream cheese
60g mentega
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil lemon juice

CARA CARA
1. Panaskan oven 170c.
2. Untuk kek, masukkan kesemua bahan kedalam blender kecuali tepung dan baking powder. Blend sehingga halus dan keluarkan adunan kedalam mangkuk besar. Masukkan tepung dan baking powder yg diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan kacau sebati.
3. Masukkan kedalam acuan cupcakes dan bakar selama 20-25 minit. ABM bakar dalam 23 minit. Bergantung pada oven ya. Dah siap, sejukkan diatas redai sebelum dihias dengan frosting.
4. Untuk cream cheese frosting, masukkan cheese, mentega, dan vanilla. Pukul sehingga creamy. Kemudian, masukkan gula dan lemon juice. Kacau sehingga sebati. Bolehlah dimasukkan kedalam piping bag dan hias cupcakes anda! ABM letakkan colorful star sugar diatasnya dan sedikit potongan nenas diatasnya sebagai hiasan. 

ENJOY!


1 comment:

Anonymous said...

Slm abm saye agak keliru pasal minyak sayur. Minyak or lemak sayur ye...kalau gne minyak jagung blh ke