Resepi 142 : Tiramisu Chocolate Mousse

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM buat dessert yg simple
tapi nampak mewah.
hihi


Untuk resepi ni ABM ambil dari blog Chef John : Food Wishes
ABM sgt suke sgt kat blog dy sebab bukan sahaja ada resepi
malah siap ade video lagi camne cara2 nak buat.
Lagi satu, chef john ni ade sense of humor sikit.
Lau dy buat video resepi, mesti ade lawak2 yg dy buat.
Best lah blog dy tu.


About this dessert,
sebenarnye dessert asalnya adelah chocolate mousse je.
Tapi diinspirasi daripada tiramisu.
Which means ade diletakkan espresso didalam dessert ni.
Dan cara persembahan pon ditaburkan cocoa powder
untuk menampakkan ala2 tiramisu.
Not too sweet sebabnya dicampurkan dengan espressso
dan kepahitan sedikit daripada espresso pon wujud dalam dessert ni.
Sangat balance lah dessert nih.
ABM sebenarnye tak suka minum kopi.
Tapi, kalau kopi tu didalam dessert, 
ABM suka sebab ade pahit2 manis disitu.


BAHAN BAHAN
(ABM dapat 5 mangkuk kecil)

100g dark chocolate
2 sudu besar air bancuhan espresso (atau apa2 kopi yg anda suka)
1 sudu besar butter
2 biji kuning telur
4 sudu kecil gula
2 sudu besar mascarpone cheese (ABM guna creamcheese je)
3/4 cawan whipping cream

CARA CARA
1. Didalam mangkuk besi/kaca, menggunakan double boiler, letakkan espresso/kopi, butter dan chocolate kedalamnya. Biarkan 2-3 minit. Bila chocolate dah cair, barulah dipukul sebati. Angkat dan ketepikan.
2. Didalam mangkuk besi/kaca yang lain, masukkan gula dan kuning telur. Gunakan kaedah double boiler jugak (Chef John guna kaedah direct heat) dan whisk kan sehingga kuning telur menjadi pucat dan gebu. Kene sentiasa whisk supaya telur tak menjadi berketul2. BIla dah kembang dan likat, angkat dan campurkan kedalam adunan coklat tadi. Whisk kan sebati. Ketepikan sehingga sejuk. (ABM buat rendamkan mangkuk tersebut dengan air sejuk dibawahnya utk cepatkan prosess).
3. Didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream (yg baru dikeluarkan dari peti ais) dan pukul sehingga kental. Jangan over-whisk sebab nanti whipping cream akan berketul. Just nice je ye.
4. Masukkan separuh cream kedalam adunan coklat tadi dan kaup balik adunan sehingga sebati. Masukkan lebihan cream tadi dan kaup balik lagi sehingga sebati.
5. Masukkan kedalam piping bag (nak terus sudukan kedalam mangkuk pon bole. ikot citarasa) dan masukkan kedalam mangkuk yg sesuai. Wrapkan dan masukkan kedalam peti ais selama 2-3 jam utk membeku sebelum dimakan. Ditabur diatasnya dengan cocoa powder semasa menghidang. Kalau nak tabur almond or ape2 nuts pon sedap jugak. Adelah unsur2 crunchy kat situ kan. :)

Untuk lebih jelas, tontonlah cara2 chef john buat dessert ni


ENJOY!

Comments

aemansyahme said…
hye, pinjam resepi ni, nk try buat. Btw thanks :)
ida86 said…
ABM...klu buat ni berapa lama boleh tahan ye??

Popular Posts