Monday, September 24, 2012

Resepi 140 : Baked Custard Pudding with Cinnamon

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM teringin nak buat dessert
Tapi nak buat yg simple2 je.


So, ABM pon belek2 lah blog kak ros : Jintan Manis
So, dapatlah resepi yg mudah ni.
Actually ABM sangat suka pudding dan cinnamon.
Bila tgk resepi kat blog kak ros tu,
mmg kene dgn citerase la.
Bahan2 pon sgt mudah.


Pudding ni sbnrnye same je tekstur mcm pudding caramel tu
Tapi, kat sini tak guna caramel lah.
Cuma guna cinnamon je.
Buat sesape yg suka 2 element ni try lah.
Sebab tak semua suka pudding telur ni.
Dan tak semua jugak suka cinnamon kan.
hihi
Pudding ni pulak takdelah manis sgt.
Ok2 je manisnya.


BAHAN BAHAN
(ABM dapat 2 bekas remekin saiz kecil)

1 biji telur
3 sudu besar gula
150ml susu segar
3/4 sudu kecil vanilla extract
secubit garam
Serbuk kayu manis utk ditabur atasnya (resepi asal guna nutmeg)


CARA CARA
1. Panaskan oven 180c
2. Pukul telur seketika. Kemudian, masukkan susu, garam, gula dan vanilla. Pukul sebati.
3. Masukkan adunan kedalam bekas remekin dan taburkan diatasnya cinnamon. Bakar menggunakan teknik waterbath selama 35 minit atau sehingga pudding masak. Bila cucuk dgn pisau, pisau tersebut bersih.

*boleh juga dimakan bersama ice cream ataupon yogurt*

 ENJOY! 
     

2 comments:

snuMun said...

baek...ini boleh try sbb senang! hehehe

i'mNOTmasterchef said...

hihi.
boleh2. :D