Wednesday, September 19, 2012

Resepi 138 : Banana Cheesecake


Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera


Hari ni 19/9/2012
Bermakna hari esok ABM akan berangkat semula
ke Negara Matahari Terbit tu.
Berat sebenarnye nak balik sana semula
yelah, cuti kat sini cuma sebulan lebih je.
Tak puas wehhh!
Tapi takpelah. Demi mengejar cita2 kan.
Relakan jelah


Okeylah, memandangkan semalam agak rajin nak buat kek,
So, mulalah nak mencari resepi ape nak buat.
Belek punya belek,
kat blog dailydelicious ni ade buat cheesecake ni.
Looks rare but it is very delicious cheesecake!
Believe me! haha

Okeylah,
sesape yg nak try resepi ni
Jom tgk bahan2 ape yg digunakan.


BAHAN BAHAN
(14 x 11 cm)

Base
40g biskut Ritz (ABM guna biskut marie)
1/2 sudu besar serbuk koko (ABM x letak)
15g butter cair

Cheesecake
160g cream cheese (dilembutkan)
40g gula kastor
50g sour cream
1 biji telur (asingkan putih dan kuning)
80g pisang (dilenyekkan)
1 sudu kecil lemon juice

CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.
2. Untuk base, kisarkan biskut kedalam food processor. Kisar sekali dengan serbuk koko jika letak. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk dan campurkan butter sekali. Gaul sebati. 
3. Letakkan campuran kedalam loyang dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya mampat. Masukkan kedalam peti ais sementara membuat bahan2 untuk kek.
4. Untuk cheesecake, putarkan cream cheese. Kemudian, masukkan sour cream dan gula. Putar sebati.
5. Masukkan pula kuning telur dan putar sebati. Kemudian, masukkan pisang lenyek dan lemon juice. Putar sebati.
6. Didalam mangkuk lain, putarkan putih telur sehingga gebu. Pada tahap "ribbon" (bukan soft peak). Masukkan putih telur kedalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik adunan.
7. Tuang adunan kedalam bekas yg ber"base"kan biskut tadi. Masukkan kedalam oven dan bakar sehingga 30 minit.
8. Jangan risau jika adunan masih cair di tghnya sebab itulah yg kita mahukan. Biarkan sejuk dahulu sebelum di cover dengan plastik wrap dan simpan didalam peti ais selama 3 jam atau semalaman.

*Jika anda guna loyang yg tak boleh dibuka dari bawah, pastikan sebelum letak biskut sebagai dasar kek, lapik keseluruhan dalam loyang dengan baking paper supaya mudah untuk keluarkan kek*

ENJOY!


2 comments:

Aisyah Wm said...

Assalamualaikum ABM, i love reading ur blog. tapi kalau u dpt describe rasa makanan yg u masak mesti lagi best bc. bcoz sometimes kita bc resepi masakan yg kita x pernah mkn, rasa nk cuba, tp takut tak bleh nk terima dek tekak ni..nk imagine rasa dia pun tak terimagine..hehe
anyway..keep on updating!

i'mNOTmasterchef said...

Waalaikumsalam Aisyah.
Thanks bg cadangan tu. Akan diperbaiki lagi :)
Thanks jugk sbb suka singgah blog ni. :)