Tuesday, September 18, 2012

Resepi 137 : Fettuccine Meatballs


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Selamat bertemu kembali di dapur ABM yang dah naik sawang ni.
Maklumlah, tak de kekuatan nak memasak bila dah balik
kat Malaysia negaraku tercinta ni.


Actually resepi sebegini ABM dah penah buat.
Cumanya ABM buat guna spaghetti
dah guna daging ayam kisar.
Tapi, untuk resepi kali ni,
ABM tukar gunakan beef kisar.
Cara buatnya pon sama saja.
Tapi, as long nama makanan ni lain,
ABM pon nak update jugaklah.

Menu ni pon ABM dah lama dah buat.
Cuma tak berkesempatan nak update 
sebab internet kat umah ni buat hal.
Masalah itu lah ini lah.
So, sesape yang teringin nak makan western tu,
Jom lah try.
Mudah je.


BAHAN BAHAN
(5-7 orang)

Meatballs
400g daging lembu cincang
1 biji ubi kentang (kalau kecik, guna 2 biji) - direbus
1 biji telur
1/2 biji bawang besar/holland - dihiris dadu kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan bread crumbs
*jika tiada bread crumbs, lebihkan tepung gandum dan tambah sedikit tepung jagung

Sos Spaghetti
1 1/4 biji bawang besar/holland - dihiris dadu kecil
4 ulas bawang putih
2 biji tomato - dihiris (ABM x letak)
800g tomato puree (yg jenis cair)
150g sos tomato
1 kiub pati ayam
2-3 sudu besar oregano kering/fresh (ikut citarasa)
1 sudu kecil lada sulah
garam dan gula secukup rasa
sedikit air (jika perlu)

Pasta
Fettuccine secukupnya (dalam 500g)
Air untuk rebus spaghetti
garam dan minyak zaitun

CARA CARA
Meatballs
1. Masukkan daging cincang didalam mangkuk. Gaul bersama bawang besar, serbuk lada hitam dan garam. Kemudian, masukkan pula telur dan ubi kentang yg dilenyek. Gaul sebati. Masukkan pula tepung gandum dan bread crumbs. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak untuk gorengkan meatballs. Pastikan minyak kene banyak untuk deep fry. Gunakan 2 batang sudu untuk bentukkan meatballs jadi bulat (guna tangan pon bole). Pastu goreng sehingga garing. Buat sampai habis dan toskan.

Sos Spaghetti
1. Didalam periuk, masukkan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan tomato puree dan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan sekali hirisan tomato (kalau letak). Biarkan seketika.
2. Masukkan pati ayam, lada sulah, oregano. Kacau sebati. Kemudian, jika agak kering, masukkan sedikit air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan seketika. Jika rasa sudah ok, masukkan meatballs yg digoreng tadi kedalam periuk. Gaul sebati bersama sos spaghetti. Biarkan seketika. Jika rasa semua sudah ok, tutup api dan ketepikan.

Pasta
1. Rebus fettuccine ikot arahan dibelakang bungkusan. Kalau ikot yg ABM guna, rebus dalam masa 11 minit je. Didalam periuk, didihkan air. Masukkan juga kedalamnya garam dan minyak zaitun. Rebus sehingga spaghetti masak dan toskan. 
2. Selepas ditos, jirus pasta dengan air sejuk/paip untuk menghentikan prosess daripada pasta terus masak. Lau tak, nnt jadi lembik. Bila dah jirus semua, gaul dengan minyak zaitun sedikit.
Bolehlah dihidang dengn parmesan cheese!

ENJOY


4 comments:

Mat Gebu said...

Seriuss...menggoda sangat, macam nak buaatt jee esok...

i'mNOTmasterchef said...

meatballs pasta mmg sgt menggode cik mat. hihi. :)

Faiz said...

kita memang selalu terngin nak buat meatball ni haa..tapi teringin je la, harap2 kejap lagi datang balik mood buat benda2 gini hihi

i'mNOTmasterchef said...

*jampi2 bg semangat sikit*
hahaha. :D